Alhamdulillah setelah beberapa hari pergi melawat beberapa tempat di Pulau Pinang maka hari ini kami warga KIY khasnya PPSM menziarah, mengadakan program di satu tempat kediaman anak-anak istimewa hasilnya dari anak yang ditinggalkan oleh ibubapa yang mempunyai masalah, samada kerana anak hasil luar nikah, ibubapa yang terlibat dengan jenayah dan macam-macam lagi.
Itulah manusia yang sepatutnya memikirkan terlebih dahulu kesan perbuatan mereka. Kadang-kadang mereka hanya fikir nikmat yang sementara, mengejar sesuatu yang tak pasti kekal di tangan mereka yang akhirnya membawa kepada malangnya nasib kanak-kanak yang ditinggalkan.
Ya Allah terasa sedih bila mengimbas nasib anak-anak yang tak 'beribubapa' ini. Ada yang bertanyakan soalan kepada sesetengah anak-anak mengenai ibubapa mereka (ku memang tak setuju betul dengan persoalan yang dilontarkan oleh beberapa golongan kepada anak-anak yang mengalami nasib sebegini, kerana bagiku ianya akan membuatkan anak-anak tersebut sedih, terhina). Namun apalah daya mereka untuk menjawabnya kerana mereka sejak kecil lagi sudah ditinggalkan oleh pasangan lelaki, wanita samada yang bergelar pasangan ibubapa ataupun kekasih yang tak bertanggungjawab; yang dikatakan hanya pandai mencapai kepuasan nafsu semata-mata.
Oleh kerana itulah bagi pasangan yang belum berkahwin (perkahwinan yang sah), jangan mudah menyerahkan diri kepada lelaki, kerana anda mungkin ditinggalkan dalam keadaan terkapai-kapai dengan perut yang semakin kembung, sudahla melakukan sesuatu dosa besar (zina), anda mungkin pula menambah koleksi dosa besar anda (membunuh) dengan cara menggugurkan bayi di dalam kandungan, kerana kiranya untuk mengelakkan aib diri anda dalam menanggung kandungan!
Bagi pasangan suami isteri yang masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibubapa rasanya lebih baik anda merancang hubungan (pakai kondom atau yang baik bagi diri anda selagimana tidak bercanggahan dengan agama) demi memastikan agar tidak berlaku pembuangan bayi, anak di suatu ketika nanti, kerana sikap buruk pasangan yang tidak sanggup menunaikan tanggungjawab.
Jika dilihat sikap kanak-kanak sebegini mereka sememangnya sedikit nakal, kerana kebiasaannya apabila tiadanya kasih sayang daripada ibubapa akan membuatkan jiwa, perasaan dalam diri seseorang itu memberontak, yang mana hasilnya akan melahirkan satu sikap yang negatif. Anak-anak ini juga kulihat merupakan seorang yang sensitif, mereka begitu takut sekali jika persoalan berkaitan latar belakang ditimbulkan. Ini dapat kulihat melalui ancaman seorang petugas yang ingin agar kanak-kanak diam dengan cara menyatakan; " Sesiapa yang bercakap, akak akan panggil dia ke hadapan dan dia perlu menceritakan latarbelakang hidupnya, siapa ayah ibunya? Kenapa dia di sini (ditinggalkan)?" kemudian suasana terus sunyi dari suara gema kanak-kanak, kerana semestinya mereka malu, takut dihina jika kisah mereka diketahui orang lain.
Bagaimanalah agaknya masa hadapan kanak-kanak ini? Apakah nasib mereka akan cerah di kemudian hari? Ku mengharapkan dan memohon doa agar mereka diberi ketabahan dan kecekalan hati dalam menempuhi ranjau hidup ini yang penuh liku, juga memanjatkan doa agar mereka semua mendapat kejayaan di duniawi jua di ukhrawi.
p/s: Begitu ramai yang menginginkan cahaya mata, namun mereka tidak mampu memperolehinya? Namun begitu ramai pula yang memperoleh zuriat tetapi mereka tidak menghargainya? Hargailah pemberian Ilahi, jangan sesekali mencari murka Ilahi!
Ya Allah berikanlah kepada kami ini rasa kesyukuran kerana kami masih mendapat kasih sayang daripada ibubapa, kerana kami akui di sana masih terdapat golongan yang tidak mendapat kasih sayang sepertimana yang kami perolehi, Ya Rahman tabahkanlah hati mereka, kuatkanlah jati diri mereka dalam menempuhi segala dugaan, cabaran di alam fana ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Bila bijak pandai berbicara!:
untuk menjadi ibu bapa yang bertangggung jawab, tunaikanlah tanggungjawab anda terhadap ibu bapa. dari stu kita akan dapat melihat sejauh mana komitmen anda dengan keluarga khususnya ibu bapa.
InsyAllah ku cuba dan mohon agar Allah jadikan diri menjadi anak yang sedia berbakti kepada ibubapa. Ku harapkan agar semua umat Islam bertanggunggjawab di atas segala amanah yang diberikan kepada mereka
Post a Comment