Terdapat beberapa cara yang perlu digunakan oleh seseorang untuk menolak cinta dari seorang insan yang tidak, kurang anda minati atau kerana masih belum bersedia untuk menerima cinta.
Hal ini untuk mengelakkan daripada terjadinya perasaan dendam, tak puas hati, penyesalan, oleh insan yang meluahkan cinta juga individu yang ditawarkan cinta kepadanya.
Antara beberapa kaedah yang dapat dikenalpasti;
Pertama dengan memberitahu anda masih belum bersedia untuk menerima cinta; "saya minta maaf kerana buat masa sekarang pintu hati saya masih belum terbuka untuk menerima kehadiran cinta dalam hidup ini, InsyaAllah kalau kita ada jodoh atau bila tiba masanya nanti, kita akan bersama. Boleh dinyatakan juga anda pernah kecewa dan tak mahu terjadinya "keadaan pisang berbuah dua kali" tetapi ada risiko juga jika dinyatakannya kerana tak semua orang akan menerima seseorang yang hatinya telah dimiliki pada suatu masa dahulu, kerana bagi mereka hati individu tersebut masih teringatkan akan kekasih lamanya. Jadi rasanya cukuplah sekadar dinyatakan kalau ada jodoh, InsyaAllah kita akan disatukan Ilahi.
Kedua dengan menyatakan yang diri anda bukanlah seorang yang terbaik untuknya; "saya rasa diri ini bukanlah seorang yang terbaik untuk awak, banyak kekurangan pada diri ini, ada lagi insan yang lebih baik, mulia dari saya untuk membimbing awak ke jalan yang lebih baik, saya doakan jodoh yang terbaik untuk awak, moga awak bahagia dengannya. Perlu diingati bahawa manusia ini suka jika orang lain menganggap dirinya lebih tinggi, mulia daripada orang lain!
Ketiga dengan memberitahu status diri anda samada anda telah berpunya atau belum; "saya minta maaf sebabnya saya dah ada insan lain di hati ini, saya telah dipinang atau dinikahi, percayalah awak akan memperoleh jodoh lain meskipun awak tidak mendapat kasih dari saya".
Keempat dengan menyatakan sebab-sebab lain yang dirasakan mampu dijadikan penghalang untuk mengelak dari cinta; "saya minta maaf kerana saya masih ada tanggungjawab lain yang wajib saya penuhi iaitu amanah yang diberikan oleh agama, ibubapa, keluarga dan insan atau badan yang terlibat dalam memastikan diri anda terus mengejar ilmu, mencari pengalaman sebelum menerima lamaran cinta". Yakinkan padanya; "Percayalah pada Ilahi jika sudah jodoh kita, takkan ke mana-mananya jodoh".
Begitulah antara langkah, cara yang mampu kukongsikan. Bagi insan yang ditolak cinta janganlah bersikap mendesak; ingatlah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor! janganlah jadi seperti kata pepatah "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!
InsyaAllah dengan memperjelaskan dengan cara yang baik seseorang itu akan dapat menerima yang cintanya ditolak, jangan digunakan perkataan yang boleh menyakitkan hati seseorang; "uiks, sedarlah diri sikit, cermin kau tu siapa, muka macam siput sedut, ada hati nakkan aku, tengoklah pangkat, kedudukan antara kau dan aku jauh berbeza, aku kaya kau miskin!". Jika diucapkan kata sebegitu bukan sahaja orang benci malah akan berdendam kemudian akan melakukan pelbagai tindakan jahat seperti santau, membunuh, juga fitnah.
p/s: Budi bahasa budaya kita. Adat Melayu "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Tunaikanlah amanah yang diberikan oleh ibubapa supaya anda menuntut ilmu terlebih dahulu! Jangan mengejar cinta manusia yang belum pasti akan kekal menjadi milik diri sendiri.
Ya Allah jodohkanlah kami dengan pasangan yang terbaik untuk kami, wujudkanlah dalam perhubungan kami ini sifat saling memahami di antara kami. Ya Rahman, kekalkanlah perhubungan antara kami ini kekal dari alam perkahwinan sehingga alam akhirat Ya Rabbi. Ya Rahim berilah kami kasih sayangMu sentiasa agar kami tidak merasakan diri kami keseorangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Bila bijak pandai berbicara!:
berkawan biar beribu..bercinta biar satu..so lu pikir la sendiri.. kalau nak , amek, kalau taknak sudah..
aku mcm kenal jer sapa yg bagi komen kt atas tu.. dgn bhsnya yg cambes.. hehehe..
kata pepatah berkawan biar beribu bermusuh jangan satupun jadi ada akal masing-masing boleh fikir mana yang betul mana yg salah.
Takkan Nabil kot? Tapi rasanya penginap kolej UO (QS) kan Burzum! Burzum plak jabatan QS yg tinggal dekat area sini kan! huhu agak je rasanya confirm betul
ayat2 menolak cinta yg boleh pakai... tp knape xnyatakan ayat nk cari cinta???
hahahahahhahaha
bukannya tak mahu ajar, nanti ramai la plak yang pakai ayat-ayat cinta, takut la plak jika ayat tu boleh menghancur, meluka dan meluruhkan hati orang yang diluahkan perasaan padanya, yer la ayat cinta ni mesti manis-manis. huhuhu nanti jadi guru cinta plak, tak sanggup la
Post a Comment