Jika sebut pasal cinta ni, banyak cerita cinta yang sering didengari, samada kisah cinta yang menyedihkan juga yang membakar semangat.
Seringkali kisah cinta diagung-agungkan oleh ramai manusia, yang kadangkala tak perasan kisah cinta yang diceritakan, dikongsikan itu bercanggahan dengan agama. Antara kisah cinta yang masyhur seperti kisah cinta Syah Jahan dengan Mumtaz Jahan, Laila dengan Majnun, Romeo dengan Juliet, Veer dengan Zaara, Zulaikha dengan cintanya terhadap Nabi Yusof a.s. , Nabi Adam a.s. dengan Hawa, juga Nabi Muhammad s.a.w. Saidatina Khadijah.
Daripada kisah-kisah cinta di atas, terdapat kisah cinta yang ada banyak percanggahan dengan agama seperti kisah cinta Romeo dan Juliet, Laila dengan Majnun, Syah Jahan dengan Mumtaz, juga Veer dengan Zaara. Antaranya kisah cinta yang melibatkan percintaan antara orang Islam dengan bukan Islam, yang mana akhirnya berlaku intrepatasi (adunan) antara agama yang lebih memberi kebaikan kepada golongan bukan Islam, pengorbanan yang dilakukan oleh pasangan itu membebankan rakyat (rakyat tidak dibayar upah, pernah ku dengar cerita daripada penduduk satu tempat yang menceritakan selepas terbinanya satu bangunan di dunia ini, yang mana pihak yang terlibat tersebut, memotong tangan-tangan jurutera yang merekabentuk satu bangunan yang dibina demi mengelakkan daripada berlakunya penciptaan yang sebanding dengan bangunan yang telah dicipta). Kiranya sebagai lambang cinta agung mereka la!
Kiranya masih baru lagi la, di alam Melayu, kisah cinta dalam novel Ayat-ayat Cinta karya novelis Islamik Habiburrahman yang begitu mendapat pasaran hangat di pasaran melalui kisah novel yang dikatakan mampu membangun jiwa Muslim. Tidak lama kemudian memandangkan kisah cinta yang dipaparkan dalam novel itu mendapat sambutan yang hangat daripada peminat novel, maka tercetusnya idea untuk mewujudkan cerita yang berpandukan novel itu, namun terdapat perubahan yang agak ketara dilakukan oleh pengarah, penulis skrip novel ini, yang mana kisah cinta yang dipaparkan mula merimaskan golongan yang bersifat Islamik kerana kisah cintanya yang dipaparkan terdapat percanggahan dengan syariat agama.
Apapun kisah cinta yang digambarkan, terdapat beberapa kisah cinta yang berlaku pada masa kini wujud keburukan hasil daripada gagalnya percintaan. Terdapat beberapa kes percubaan membunuh diri akibat tekanan gagalnya percintaan kerana terdapat pasangan yang dilihat tidak setia pada pasangannya, antara tindakan yang dilakukan adalah dengan menelan pil-pil ubatan secara melebihi had yang ditetapkan, yang boleh membawa maut, terjun bangunan, juga membaringkan diri di laluan keretapi hasil dari kekecewaan dalam percintaan.
Memang tak dapat kunafikan kadangkala cinta itu, membuatkan seseorang itu menjadi yang terbaik di hadapan pasangannya dengan cara menunjukkan prestasi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi, namun hal ini terjadi jika cinta itu berkekalan. Sekiranya cinta itu didustai atau terdapatnya unsur curang di antara pasangan akan menyebabkan natijah yang buruk (bagi golongan yang kurang keImanan) seperti akan terjadilah kejadian membunuh diri, kiranya untuk mengurangkan tekanan, mewujudkan rasa bersalah pasangan mereka yang curang. (huh! Sanggupkah perkara ini terjadi pada diri sendiri! Fikirlah sendiri, kerana setiap individu mampu membezakan antara yang benar dengan yang salah sekiranya menggunakan pemikiran yang dianugerahkan Ilahi mengikut acuannya.
Usah terlalu menaruh harapan pada cinta sebelum terjalinnya satu ikatan perkahwinan yang sah, kerana takut diri akan merana. Jadikanlah kisah cinta Rasulullah sebagai panduan dalam hidup kita, jangan diambil panduan kisah cinta tidak Islamik kerana sememangnya kebiasaannya akan membawa kepada murka Ilahi juga kekecewaan diri.
Ingatlah! manusia ini begitu pandai menabur janji namun tak ramai yang menunaikan janji yang ditaburnya!
p/s: jadikanlah buku sebagai teman, pasangan yang terbaik di alam pembelajaran mahupun di alam sebelum perkahwinan, kerana buku tidak pernah akan meinggalkan seseorang (yang berlaku adalah sebaliknya) di samping sentiasa mengharapkan kasih Ilahi.
Ya Allah sediakanlah bagi kami pasangan yang terbaik bagi kami, pasangan yang mampu membimbing kami ke arah yang benar menuju redhaMu ya Ilahi. Ya Rahman batasilah cinta kami ini dengan batasan panduan yang ditetapkanMu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Bila bijak pandai berbicara!:
cinta itu buta dan juga boleh membutakan, perlukah? kadang sukar utnuk kita lupakan, aku cinta padamu hanyalah ungkapan, luahan yang jarang bermakna bila diucapkan, mungkinkah khayal mainan akal dengan lirik puitis dengan hasrat yang indah?
so..tepuk dada tanya selera..
yup, cukup sukar untuk menolak cinta kerana lumrah manusia inginkan perhatian dari seseorang tapi hanya akal yang berlandaskan syariat dapat menilai yang baik dengan yang buruk
Post a Comment