Suatu masa dahulu, ada seorang mamat ni yang sikapnya sekan-akan menganggap perempuan itu mudah je diperolehi (murahnya pandangannya terhadap wanita, khususnya yang apabila dah intim sikit jer, boleh serah apa sahaja demi menunjukkan rasa kasihnya! Auzubillahhimin zalik) . Kisah ini mungkin ada persamaan dengan filem Budak Kelantan. Dia selalu menceritakan kepadaku kisah-kisah pengalaman hidupnya yang kadangkala memang bertentangan dengan agama. Dia mengaku pernah 'terlanjur' dalam perhubungan. Katanya kejadian tersebut berlaku semasa waktu cuti persekolahan, di kawasan yang agak sunyi daripada perhatian orang ramai. Dia pada masa menceritakan keadaan tersebut kelihatan mempunyai sedikit rasa bersalah.
Namun kumelihat dia masih mempunyai perasaan terhadap perempuan (semestinya, kalau tak mempunyai keinginan kepada lawan jantina bukannya normal orangnya!). Ku melihat dia kerap kali bertukar pasangan bilamana berlakunya ketidakserasian yang dirasakannya (ini berdasarkan luahan hatinya dan pemerhatianku terhadapnya). Pernah ku melihat di hadapanku dia membawa seorang perempuan, tapi perempuan ini ku rasakan sedikit berbeza dengan perempuan yang sebelum ini. Dia juga begitu pada pandanganku, kerana kumelihat dia begitu mencintainya pada suatu ketika dahulu. (Tapi kini kurasakan di antara kedua-duanya pada masa kini sudah tak bersama lagi, tapi kuharapkan jodoh terbaik bagi mereka).
Dari kisah percintaan diatas dapatlah dilihat bahawasanya kisah cinta itu tidak begitu terjamin berkekalannya. Kata pepatah cinta sewaktu alam persekolahan dikenali 'cinta monyet', yang mana semata-mata ingin suka-suka. Nak tunjuk pada kawan-kawan lain yang dia ada orang yang dicintai. Kiranya boleh famous la ada pakwe, makwe ni! Bagi lelaki kiranya dianggap gentleman la kalau ada awek. Bukan main megahnya bercerita mengenai kisah cintanya kepada orang lain. Khasnya bila dapat tackle perempuan yang mendapat perhatian ramai di kalangan lelaki. Kalau di peringkat yang lebih dewasa, hasilnya cinta selalu berakhir dengan pepatah "habis madu sepah dibuang".
Kumelihat banyak insititusi pembelajaran yang terlibat dengan budaya couple ni, samada dari peringkat sekolah rendah, menengah, mahupun pengajian tinggi. Ada yang berdating di tempat sembunyi, tempat awam dan macam-macam tempat lagi la. Sewaktu dating tu, pada awalnya berkenal-kenalan je, kemudiaannya interaksi anggota badan (tangan mula nak merayap pegang tangan dan apa-apa yang dibenarkan pasangan), lepas tu ada yang bercumbu-cumbuan kemudian terjebaklah ke alam ranjang. Auzubillahhiminzalik. Apakah ini dinamakan cinta dengan berlakunya salah satu perkara yang dilarang agama. Ingatlah ketika berdating tu ada satu makhluk durjana "syaitan" yang sentiasa berusaha menggalakkan dan menyukai manusia apabila mereka melakukan perkara maksiat, mudah-mudahan dapat menemani mereka dalam neraka nanti.
Terdapat satu pesanan melalui sebuah stesen radio, yang memberitahu tentang cinta camni la lebih kurang bunyinya; "kehilangan cinta merupakan satu kehilangan benda yang berharga, namun jangan kerana cinta! tergadai sudah maruah diri yang dipelihara, beringat sebelum terkena.
Sebagai umat Islam kita mempunyai syariat (peraturan) yang perlu kita ikuti, dijadikan panduan. Kalau sekiranya ianya tidak diikuti akan menyebabkan diri jatuh ke dalam lembah kehinaan.
Terdapat golongan yang mempunyai pengetahuan agama tentang larangan terhadap sesuatu perkara, namun mudah sekali melakukan sesuatu larangan itu. Terdapat satu hadis yang berkaitan dengan keingkaran manusia dalam melakukan sesuatu perkara; iaitu
maksudnya:
Hadis
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 86
Hadith tersebut menunjukkan betapa keimanan itu mampu menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah Ilahi. Jika iman di dalam diri seseorang itu tidak kuat dalam menghadapi godaan nafsu dan syaitan maka akan tertewaslah manusia itu terhadap godaan yang dihadapinya.p/s: sebelum tergadai maruah diri, sebelum keadaan lebih parah, sebelum ajal tiba, kembalilah diri menjadikan syariat yang ditetapkan agama sebagai panduan dalam menempuhi kehidupan. Ingatlah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat hambaNya.
Ya Allah kami berlindung denganMu daripada godaan syaitan, hawa nafsu kami yang mampu menyebabkan kami terjebak ke dalam lembah kehinaan. Ya Rahman tiadalah daya kami untuk menghadapi godaan, melainkan dengan bantuanMu Ya Rabbana. Ya Allah Engkau isilah kekosongan hati ini dengan kasihMu yang Agung Ya Habibana.
2 Bila bijak pandai berbicara!:
jauhi lah zina yang boleh membawa kepada kemusnahan diri. la takrabbu zina.. tetapkan iman dihati,
"kebenaran pasti datang"
takbir..!!
algojo
yup, hindari zina hampirkan diri pada Ilahi, moga diri mendapat kelebihan di akhirat nanti
Post a Comment