Alhamdulillah terdapat ramai kawan kenalan samada melalui alam pembelajaran, alam maya, memberi kepercayaan kepada diriku ini dalam berkongsi masalah yang dihadapi mereka.
Teringat sewaktu sekolah dahulu, seorang hamba Allah ini menghadapi masalah keluarga, iaitu masalah 'kasih sayang dari ibu bapa' masalah ini kulihat bermula bila berlakunya perceraian antara ibubapanya, kemudian ayahnya berkahwin dengan perempuan lain. Entah kenapa perceraian di antara pasangan ibubapa ini boleh berlaku, tidak pula ku bertanya kerana bagiku rasanya sudah cukup untuk diriku hanya sekadar mendengar luahan hati kawanku ini, kurang-kurang dapat melegakan sedikit perasaan pilu di hatinya. Ingat plak nasihat dari ramai orang yang memberitahu tentang kepentingan meluahkan perasaan kepada apa sahaja, samada pokok, individu lain yang boleh dipercayai, manakala bagi umat Islam digalakkan agar mengadu segala masalah yang dihadapi kepada Ilahi, Insyaallah lega perasaan, hilang masalah yang dihadapi.
Luahnya lagi, dia kurang mendapat kasih sayang daripada ibubapa, khasnya bapa setelah bapanya berkahwin lain. Walaupun segala keperluan nafkah zahir diberi oleh bapanya, namun nafkah batin (kasih sayang) dari ayahnya tidak diperolehinya. Dia tinggal bersama datuknya dalam meneruskan hari-hari yang tak begitu cerah (sugul) dalam hidupnya.
Kesan daripada kurangnya kasih-sayang ibubapa kulihat menyebabkan dia menjadi seorang yang agak nakal, sedikit malas, padahal bagiku dia mempunyai potensi yang besar, kerana dia seorang yang bijak, hasil dari tindakbalasnya terhadap sesi pembelajaran apabila dia disoal.Ini dapat dibuktikan ketikamana dia sedang bersembang, tidur, kemudian cikgu bertanya dapat je dia menjawab soalan yang dikemukakan guru.(kan hebat tu!) Dia dilihat kadangkala tidak begitu menghormati guru, yang menyebabkan dia dikategorikan sebagai pelajar yang agak bermasalah, kerana kadangkala dia ponteng kelas. Cikgu kelas pernah melawat rumah datuknya (tempat tinggalnya)setelah beberapa lama dia tidak ke sekolah dan kerana ingin bertanyakan khabar dan masalah yang dihadapinya , namun dia kulihat sempat bersembunyi dari berjumpa cikgu, namun cikgu merasakan dia tetap ada dalam rumah, kemudian cikgu balik begitu sahaja.
Ketika di akhir luahan hatinya sebelum dia tukar topik lain, katanya; Rum mung bertuah la dapat kasih-sayang daripada mak ayahmu, aku pulak tak dapat dapat (merasai) kasih sayang mak ayahku. (Satu kesilapan bagiku yang aku rasa masa itu ku tak dapat lakukan adalah bagi dorongan atau tindakan yang sepatutnya yang kulakukan, yang hanya kumampu lakukan hanyalah sekadar menjadi pendengar yang baik).
Dalam satu pasangan keluarga kawanku yang lain pula jadinya, walaupun ayahnya kahwin dengan perempuan lain, namun hubungan yang erat di antara dua keluarga tersebut tetap baik. Namun kulihat masalah lain pula yang dihadapinya, mungkin kerana terpengaruh rakan-rakan yang kurang baik perangainya menyebabkan dia menjadi pelajar yang agak bermasalah. Tapi tak dapat dipastikan samada terdapat juga unsur kurangnya kasih sayang yang diberikan ibubapa, mungkin ada mungkin tidak.
p/s: tak semua beruntung seperti diri anda, ada yang mendapat segala kemahuan yang diperlukan, namun tidak mendapat kasih sayang ibubapa! Tapi ingatlah! bahawasanya anda bukannya keseorangan paling kurangpun anda mendapat kasih dari Ilahi, jika kasih insan tidak diperolehi kejarlah kasih Ilahi dengan cara memenuhi segala tuntutannya dan meninggalkan segala larangannya, kerana cinta Ilahi akan membawa anda ke syurga InsyaAllah.
Ya Allah berikanlah kasih sayangMu kepada hambaMu yang begitu memerlukan kasih sayang kerana kami takut tanpa adanya kasih sayangMu akan membuatkan hidup kami tidak tentu arah tujunya Ya Rahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Bila bijak pandai berbicara!:
ksih sayang adalah satu anugerah dari illahi. sayangilah sesiapa sahaja yang anda kenal.Kepada ibu bapa bukan sekadar sayang, malah menjadikan mereka ibarat nyawa kita sendiri. kita berkasih sayang kepada orang, orang akan berkasih sayang kepada kita.
algojo..
tetiba ingat plak satu sms berbunyi; ada kasih mungkin tersisih,ada rindu mungkin tertunggu, ada sayang mungkin terbuang, ada cinta mungkin derita, ada hati mungkin mati, tapi kalau ada daki elok la pergi mandi. huhuhu (ada benarnya jugak kata-kata sms ni).
Post a Comment