Annual General Meeting

Alhamdulillah berakhir jugak Mesyuarat Agung Tahunan, Annual General Meeting (AGM) Persatuan Mahasiswa/I Terengganu (PERMATA) UKM pada petang hari ini. Fuh lama jugak makan masa, dari pukul 2 sampailah pukul 6 petang. Hari ni AGM bermula hampir tepat pada pukul 2 sebagaimana yang dirancangkan dalam jadual. Pada awalnya kelihatan sambutan kedatangan ahli tidak memberangsangkan, tapi selepas lebih kurang 10 minit, ramai la ahli yang datang. Tapi seperti kebiasaan mana-mana majlis kehadiran golongan lelaki dilihat kurang memberangsangkan, entah ke mana mereka menghilang, (mungkin sibuk, yer la tadi ada kawan yang masih ada kelas cuti-cuti camni, masuk kejap pastu keluar, ada yang pergi ke Batu Caves ke agaknya ye! huhuhu rasanya takder la plak kot, sebab biasanya PERMATA di UKM ni majoritinya Melayu, China ada jugak tapi tak banyak India plak macam tak pernah tengok.

Semua agenda yang dirancang dilihat kiranya menepati masa mula dan akhirnya, namun apabila bermulanya sesi pembentangan laporan program, kewangan, pembubaran organisasi tahun lepas, perlantikan Exco-exco baru, pembentangan usul, perbahasan usul dan penerimaan usul, jadual program yang diatur sudah tidak begitu ditepati lagi.

Sememangnya sewaktu pembentangan laporan program, kewangan banyak la pertanyaan, cadangan yang timbul dari ahli seperti laporan tentang jumlah sebenar penyertaan ahli dalam sesuatu program, ke mana diuruskan kewangan yang tidak dicatatkan, mengapa dilihat perbelanjaan sesuatu program itu memakan banyak kos sedangkan penyertaan ahlinya tidak berapa ramai, mengapa sesuatu program dilihat hanya melibatkan golongan tertentu, cadangan membaik pulih laporan perjalanan program agar setiap program yang dijalankan diperincikan maklumat mengenainya.

Dewan persidangan AGM menjadi semakin hangat (walaupun dewan sejuk sangat-sangat, lega la bawak baju sejuk) dengan pertanyaan yang berasak-asak dari pelbagai pihak, pembentang dilihat letih menjawab soalan, walaupun ada exco yang membantu menjawab soalan (kan dah menjadi tanggungjawab setiap exco untuk menjawab setiap persoalan yang di bawah pengetahuan, kendalian mereka, kalau tak apa gunanya persatuan yang dibentuk kan!).

Debaran sedikit terasa apabila sesi pemilihan barisan kepimpinan PERMATA berlangsung, hal ini kerana terdapat golongan yang seolah-olah nak 'mengenakan seseorang', pilih ikut suka hati je! tak melihat kepada individu tersebut samada mereka layak atau tidak memikul tanggungjawab tersebut. Yang paling rimasnya bila nama diriku juga dicadang oleh ahli PERMATA yang lain, wah takutnya! (dalam hati berdoa je agar orang lain dipilih, Alhamdulillah doa diperkenankan Ilahi. Bukannya apa, rasanya dah tak sanggup diriku ini untuk memikul beban amanah yang dipertanggungjawabkan kepada insan yang lemah seperti diriku ini, ku takut amanah yang diberi tak mampu dilaksanakanku, amanah yang dipegang sekarang pun rasanya memang tak dilasanakan dengan sebaiknya!).

Alhamdulillah selepas selesainya perlantikan barisan kepimpinan, ku melihat dan ku yakin barisan yang dipilih dapat melakukan tanggungjawab yang diberikan, walaupun masih ada golongan yang dilantik yang dilihat memerlukan bimbingan dari senior atau pihak yang kaya dengan pengalaman bermanfaat (perlulah diingati bahawa hidup ini merupakan satu destinasi pengembaraan ilmu, ilmu perlu dituntut selagimana diri masih hidup, usah segan, malu untuk bertanya orang yang lebih tahu; kata pepatah "malu bertanya sesat jalan"). Pernah dengar kata-kata sebilangan masyarakat; 'orang kalau tak tahu bertanya tak kisah la, tapi kalau dah tak tahu berlagak pandai susah la nak diajar' istilah yang pedas 'bodoh sombong'.

p/s: amanah itu perlu diberikan kepada mereka yang selayaknya, manakala bagi penerima amanah cubalah sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh orang yang mempercayai diri anda.

Ya Allah, Engkau jadikanlah barisan kepimpinan yang dilantik ini golongan yang melakukan sebaik mungkin amanah yang diberikan kepada mereka, janganlah mereka ini melakukan sesuatu yang menyalahi syariatMu Ya Rahman.

1 Bila bijak pandai berbicara!:

rumzan said...

ALAMAK ADA JAWATAN JUGAK LA, TADI MT PERMATA BAGITAHU DIRIKU PEGANG TUGAS EXCO JAJAHAN DAERAH BESUT DAN SETIU, FUH KALAU TAK GABUNG DAERAH OK GAK, NI TERMASUK JUGAK DAERAH BESUT, HARAPNYA DAPAT LA LAKUKAN TUGAS SEBAIKNYA

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top