Sampai Juga Akhirnya

Alhamdulillah sampai juga akhirnya sesuatu yang ditunggu-tunggu selama beberapa hari ni, kiranya diri lebih bernasib baik daripada orang lain, (barang yang dipos abah hanya mengambil masa 2 hari sahaja, berbanding dengan insan lain yang memakan masa sampai 1 minggu hingga 3 minggu,) Fuh lama gak tu!

Dengar cerita bukan main banyak kali orang yang menerima barang pos dalam masa 3 minggu telefon kepada ibubapa mereka supaya menghubungi sebuah perniagaan perkhidmatan pos, tak lena tidur dibuatnya, lenguh badan-badan (yerlah nampak dari gaya luarannya dia seorang anak yang manja mestilah mengadu kan!Lagipun tak logik la lama sangat sampai berminggu-minggu tu! Tapi premis perniagaan ni mempunyai alasan yang tersendiri yang jika dilihat alasannya adalah kukuh jugak la)

Ada pengepos yang lain bertanya berapa bayaran perkhidmatan pos yang dikenakan? dengan selamba kujawab RM 80 (berpandukan caj sebelum ni =semester lepas), katanya murah la tu berbanding dia yang cajnya RM 130. Nampak gak timbul rasa tak berapa puas hati dari mimik mukanya, kemudian ku cubalah bagi alasan logik bagi nak tenangkan hatinya.

Waktu malamnya kutelefonlah rumah (parents) nak bagitahu (sahkan) yang barang yang dipos dah sampai, tapi terkejut jugak bila diberitahu caj kali ni mahal (dari yang sebelumnya) iaitu RM 130! Maknanya sama la dengan penerima barang pos yang lain tadi, fuh! (Terdetik dalam hati, perkhidmatan pos ni mungkin kali terakhir kugunakan khidmatnya, dah tak nak bagi ku pos motor lagi la ni! Yerlah maunya tak! bezanya RM 50 tambahan kos!)

Kufikir mungkin caj ini dikenakan kepada bukan pelajar, mungkin tiada lagi bezanya antara golongan pelajar dengan golongan biasa.

Entah kenapa la keadaannya sampai begini sekali ek! perit bagiku nak gunakan khidmat pos ni lagi. Patut la ku heran ada kawan yang sebelum ni biasanya pos je motor masa nak balik (cuti), tapi sekarang ni katanya bila ditanya nak balik naik apa, dia kata nak naik motor je, malah dia ajak sekali, konvoi ramai-ramai! Best gak tu, tapi dah tak balik dah rasanya cuti Tahun Baru Cina ni,(nanti la cuti akhir semester ni, InsyaAllah join sekali) stay jer la dekat kolej, banyak lagi buku dekat PTSL yang tak terbaca, assignment pun tak berapa siap lagi,jadi nak kena siapkan awal-awal, takleh tangguh-tangguh lagi. (HArapnya dapat la penuhi azam ni, jangan tidur bangun,makan, tidur, bangun, makan dah, baik balik rumah dapat gak kan tolong ma abah!)

p/s: kalau camni la gayanya perkhidmatan pos, maunya ramai lagi yang dah takkan pakai perkhidmatan camni lagi, baik tunggan motosikal balik kampung, save bajet!

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top