Kepercayaan terhadap Unsur Tahyul

Hari ni khutbah jumaat bercakap mengenai kepercayaan tahyul di kalangan masyarakat Islam khasnya Melayu.

Masyarakat Melayu di Malaysia pada zaman sekarang dilihat masih mempunyai sikap kepercayaan terhadap unsur Tahyul ni. Cuba diperhatikan dalam masyarakat hari ini, masih ada sesetengah mereka yang seringkali menjumpai bomoh yg tak banyak mempunyai ilmu agama apabila menghadapi sesuatu masalah contohnya bila terkena sesuatu penyakit ganjil.

Sepatutnya perkhidmatan yg dicari mestilah dengan berikhtiar mencari seorang yang mempunyai ilmu agama(Islam) yang banyak(mendalam) bagi mengubati sesuatu masalah. Hal ini bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang berbentuk syirik melalui jampi serapah yg bukannya berlandaskan syariat iaitu tidak menggunakan ayat-ayat suci al-Quran,atau yg selari dengan cara syariat Islam sebaliknya seolah-olah memuja sesuatu yg selain dari Allah s.w.t.

Firman Allah:


(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
Al- Baqarah 2 Ayat 165.

Perbuatan mensyirikkan Allah dengan Allah merupakan dosa yg besar yg tidak diampunkan Allah sebagaimana firmanNya:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
An-Nisaa' 4 Ayat 48


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Luqman 31 Ayat 13

Cuba fikirkan betapa ruginya jika menggunakan perkhidmatan bomoh yg tidak Islamik, kerana mungkin diri akan dirogol(tergadainya maruah) kononnya untuk membuang sesuatu perkara (dari gangguan iblis), duit cengkeram perkhidmatan plak melambung tinggi, di samping medapat murka Ilahi. Eloklah kembali ke pangkal jalan sebelum lebih parah keadaan syirik dalam diri.

Mafhum firmanNya:
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). Hud 11 Ayat 3

Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap amalan syirik ini dapat dilihat melalui pelbagai filem dan drama, juga majalah tentang unsur-unsur tahyul ini seperti Toyol,Cermin, Congkak, Tika Malam Bulan Mengambang, Susuk, Saka, Puaka Niang Rapik, Mastika dan macam-macam lagi. Cerita-cerita sebegini mendapat perhatian yg tinggi di kalangan masyarakat Melayu khasnya, kalau tidak mendapat sambutan mestilah cerita sebigini tidak akan dikeluarkan oleh penerbit sesebuah rancangan, penerbit majalah kerana tidak sanggup menanggung kerugian!

Eloklah diperbersihkan diri daripada unsur-unsur syirik ini. Memang tidak dinafikan kewujudan makhluk halus ini , namun perlulah diingat bahawa sesuatu makhluk itu tidak dapat memberi mudharat kepada makhluk lain melainkan dengan izin Allah s.w.t.

p/s: "jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri"

Ya Allah berikanlah kami keyakinan, ketaqwaan kepadaMu dengan dengan sebenar-benar yakin, keimanan yang teguh, hati yang khusyuk tawadhhu' bersujud,menyembahMu, akal yang sentiasa mengingat dan memikirkan kebesaranMu melalui ciptaanMu, janganlah Engkau biarkan diri kami hanyut dalam kegelapan, kesesatan daripada cahaya hidayahMu. Ya Allah buangkanlah sikap syirik dalam diri kami samada syirik besar mahupun kecil. Sesungguhnya ya Allah kami takut akan azabMu terhadap hambaMu yg Engkau berikan ke atas makhlukMu yg Engkau murkai. YA Qudrat, kami yakin bahawasanya tidak dapat memberi mudharat sesuatu benda melainkan dengan KeizinanMu.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top