Semalam dapat dilihat rejim zionis Israel laknatullah telah keluar dari Palestin setelah banyak nyawa umat Islam terkorban, rumah hancur musnah dibedil dalam peperangan di antara umat Islam. Entah apa niat rejim zionis, nak tunjuk kehebatan ke atas golongan yang tak berdosa, kononnya nak tangkap golongan tertentu dalam Palestin (alasan je! semata-mata).
Dari peristiwa ini dapatlah kita mengambil langkah untuk memboikot lagi barangan keluaran Israel ni, agar ekonomi mereka jatuh merudum, supaya mereka tidak melakukan perkara di luar timbangan keperimanusiaan lagi. Lupa diri betul Israel ni! Dahla menumpang bina negara (yang tak diiktiraf kebanyakan negara) ditambah pula dengan aktiviti perluasan kuasa. Ayuh boikot Israel!(walaupun ada pro dan kontranya)
Dalam beberapa hari lepas juga telah berlaku pilihanraya kecil Kuala Terengganu, dilihat sekali lagi UMNO tewas kepada PAS, yang mana Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN) mendapat Jumlah Undi: 30,252, manakala Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) mendapat Jumlah Undi: 32,883, serta Azharudin Mamat calon bebas mendapat Jumlah Undi: 193.
Dari pilihanraya di atas ada yang mengatakan sekarang ni orang tak pilih parti tapi memandang kepada perwatakan calon.
Dalam beberapa ketika lagi, Barrack Obama dikatakan akan mengganti pemerintahan yang ditadbir Bush, bagaimanakah bentuk pemerintahan yang dibawanya dalam pentadbiran? Apakah janjinya terhadap perubahan yang hendak dilakukan ditepatinya atau hanya tinggal sebagai janji kosong kerana mengikut telunjuk, cara pemimpin US sebelum ini.
Terdapat banyak golongan yang mengharap kepada pentadbiran Barrack Obama. Namun ada yang mula membencinya dengan melihat Obama yang tak mengambil apa-apa tindakan terhadap Israel. Apa-apapun kita tunggu dan lihat!
Banyak betul peristiwa yang berlaku dalam jangkamasa yang singkat ini (Januari)InsyaAllah ada sesuatu kebaikan terhadap beberapa peristiwa yang berlaku, antaranya supaya umat Islam bersatu, memilih calon yang benar-benar dapat memimpin masyarakat.
Ya Allah bukakanlah pintu hati kami, satukanlah hati-hati kami, teguhkanlah perjuangan umat Islam YA Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment