Akhirnya keputusan diperoleh

Setelah berlakunya proses pilihanraya kampus semalam, pada waktu petangnya, keputusan diumumkan. Setelah dianalisa beginilah natijahnya secara ringkas, bagi calon umum tahun 2 calon Aspirasi memenangi dengan mudah (monopoli) kejayaan, namun bagi calon umum tahun 3 terdapat kelebihan kepada Gabungan Mahasiswa yang mana GM menang 3 kerusi umum daripada 5 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala bagi kerusi Fakulti yang meliputi pelbagai tahun Gabungan Mahasiswa dilihat memenangi 9 kerusi daripada 22 kerusi yang dipertandingkan perinci betul ke tak? Setelah dikira 12 kerusi dimiliki GM manakala 21 kerusi yg diperoleh Aspirasi mengikut daripada pemerhatian terhadap kedua-dua blog pihak calon.

Begitulah keputusan yang secara tuntas yang dilakukan secara sekilas pandang,dalam hal mengundi sepatutnya faktor sikap kebertanggungjawaban calon pemimpin yang hendak dipilih itu berlandaskan firman Allah:

Mafhumnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. An-Nisaa' 4 Ayat 58

Diharapkan agar calon-calon yang telah dipilih majoriti Mahasiswa ini melakukan tugasnya sebagaimana sepatutnya,cubalah penuhi segala janji (manifesto) yang dibawa dengan seboleh mungkin,(penuhi janji perkara yang baik-baik) Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Al-Anfaal 8 Ayat 27

Janganlah pula apabila dilantik menjadi pemimpin rasa sombong wujud dalam diri, bertambah pula aktiviti sosial yang tak memberi manfaat kepada Mahasiswa, sebaliknya lakukanlah perkara yang terbaik kepada golongan Mahasiswa.

Ya Allah jadikanlah kepimpinan baru yang dipilih mahasiswa kali ini lebih baik dari kepimpinan yang telah lepas, jadikanlah mereka semua barisan kepimpinan yang sentiasa mengikut telunjuk Mu, tidak membelakangi syariat Mu



0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top