Esok 15/1/2008 pukul 9 pagi InsyaAllah akan berlangsungnya satu pilhinraya kampus di UKM ni!
Bagaimana keadaan perjalanan memilih pemimpin bagi para Mahasiswa di peringkat Fakulti dan peringkat Universiti agaknya ye! harapnya berjalan dengan lancar InsyaAllah, takder la berlaku ugut-mengugut "kalau tak undi calon-calon tertentu buang kolej" atau apa2 yg lain yg bertentangan dengan budaya Islam. Ingatlah "undi anda adalah rahsia" (takder siapa-siapa yang sepatutnya tahu tentang siapa yg jadi pilihan di hati seseorang).
Agama Islam melarang amalan paksa-memaksa ni diamalkan, mana boleh nak paksa-paksa orang suruh undi siapa yg orang tertentu kehendaki kan! Bukankah undi itu( kebebasan memilih seseorang itu terletak di tangan masing-masing)! Gunakanlah pemikiran yang rasional terhadap siapa yang bakal dipilih sebagai pemimpin mahasiswa dengan berlandaskan penelitian perwatakan calon samada mereka ini memenuhi tanggungjawab kepimpinan yang disyaratkan Islam khasnya.
Pada hari ni selepas waktu solat Maghrib (kalau tak silap la) berlaku kemalangan motosikal dengan sebuah van yang melibatkan dua calon Fakulti Pendidikan iaitu calon tahun 2 dan tahun 3. Parah jugak kedengaran mereka ni. Mereka sekarang ni di Hospital Kajang (kalau tak salah dari maklumat yg diperolehi).
Doakanlah agar mereka diberikan keselamatan atau doakanlah bagi mereka dengan memohon kepada Allah, Ya Allah Engkau Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka ini, kurniakanlah kepada mereka kebaikan terhadap perkara yang ditimpa dan bakal berlaku ke atas mereka.
Ya Allah berikanlah pucuk kepimpinan di kalangan mahasiswa ini kepada mereka yang selayaknya yang mampu memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya, berikanlah kemenangan Pilihanraya kampus kali ini kepada pihak yang benar Ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment