

Sekarang ini jika kita lihat umat Islam, di Palestin khasnya selepas pelancaran Intifadhah oleh pemimpin Palestin (Hamas) nasib umat Islam jika kita lihat banyak nyawa umat Islam gugur syahid di Palestin, semakin hari semakin banyak nyawa yang tak berdosa khususnya kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada kekejaman Israel la'natullah dan sekutu-sekutunya ke atas umat Islam di Palestin.
Inilah bangsa Yahudi yang angkuh di atas dunia ini sentiasa tidak redha kepada umat Islam sehinggamana umat Islam mengikut telunjuk mereka (anuti fahaman mereka).
Firman Allah: Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam). (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman. Al- Baqarah 2 Ayat 88
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Al- Baqarah 2 Ayat 120
Demikianlah golongan Yahudi ini, yang tidak akan berhenti-henti menentang Islam, kecuali ada sedikit di antara mereka yang beriman.
Sebagai umat Islam kita perlu untuk menghulurkan bantuan yang sedaya, semampu boleh. Insyaallah dengan mendoakan kesejahteraan kaum Muslim di seluruh dunia yang ditindas, kemenangan dan kebangkitan Islam kembali di atas muka bumi ini, umat Islam tidak akan ditindas lagi.
Ya Allah berikanlah bantuan-Mu kepada umat Islam, Engkau hancurkanlah musuh-musuh Mu (Yahudi dan sekutu-sekutunya) sebagaimana Engkau telah menghantar tentera 'Ababil ke atas tentera Abrahah, Engkau kembalikanlah kegemilangan Islam, sebagaimana pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment