
Alhamdulillah hari ni telah berakhir satu perjuangan yg kecil iaitu, perjuangan dalam imtihan, pada 19/11/2008 mulai pukul 8.30-10.30 a.m. "merdekalah seketika" merdeka dari sistem pembelajaran di Malaysia iaitu sistem penilaian ke atas pelajar-pelajar melalui markah yg kiranya menandakan kebijaksanaan seseorang atau lebih tepat lagi ialah natijah atau nilai setakat mana keprihatinan terhadap pembelajaran yang telah dipelajari seseorang dalam tempoh tertentu.
Namun perjuangan ini, iaitu perjuangan dalam menuntut ilmu ini perlulah diteruskan
Terdapat firman Allah yg berkaitan dengan ilmu pengetahuan:
surah al-Nahl ayat 43, فاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
mafhumnya: maka tanyalah kepada orang yg mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
terdapat juga hadis yang bermaksud tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. lihat
Setelah berakhirnya exam ni, ada beberapa ingatan yg ingin diberitahu iaitu berasaskan konsep "duit"
d- doa
u- usaha
i- ikhtiar
t- tawakkal
Jadi dalam peperiksaan yg telah dijalani kita mestilah memulakan dengan banyakkan berdoa kepada Allah agar diberikan kejayaan, dipermudahkan menjawab soalan di samping diri berusaha dengan membaca, menghafal kerana itu merupakan ikhtiar diri untuk berjaya. Selepas menjawab soalan perlulah kita tawakkal (berserah) kepada Allah dalam menentukan samada diri berjaya atau tidak. Ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yg terbaik untuk diri. Mudah-mudahan Allah menjadikan diri sebagai golongan di kalangan orang yg berjaya.
Ya Allah, telah selesai sudah ujian pemahaman yg telah dipikul oleh kami ini. Janganlah Engkau hilangkan pengetahuan kami terhadap ilmu-ilmu yg bermanfaat ke atas kami dengan sebab berakhirnya imtihan ini, sebaliknya Ya Rahman, Engkau perkukuhkanlah ingatan kami terhadap perkara-perkara kebaikan, mudah-mudahan kami dapat beramal dengan kebaikan ilmu tersebut Ya Rahim .
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment