
Dalam kehidupan harian ni, ada-ada aje perbuatan yang dilakukan kerana sudah biasa dengan perbuatan menyeru seseorang dengan nama gelaran tertentu macam montel, mak inang, mat bulu, dan macam-macam lagi la yang panggilannya amat tak disenangi oleh orang yang digelarnya. Terdapat larangan Allah dalam memanggil nama gelaran yang tidak baik.
Mafhumnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (al-Hujurat ayat 11)
Ada juga di kalangan masyarakat sekarang khasnya golongan remaja yang bercakap dengan seseorang dengan "eh menatang ni!, celaka natang ni!, beruk mung! celaka mung! gila natang ni! bodo la mung ni!" dan banyak lagi la yang tak patut diucapkan dek mulut . Janganlah biasakan panggil seseorang atau bercakap dengan perkataan buruk, sebab ada satu pepatah yang sememangnya betul jika diteliti "alah bisa tegal biasa" yerla kalau dah biasa tu memang akan berterusan la buat sesuatu perkara tu.
Perbuatan ini amatlah buruk. Hindarilah diri dari percakapan buruk, peliharalah nikmat lidah yang diberikan Ilahi. Ubah tabiat menyumpah seseorang ketika marah khususnya dengan perkataan baik, macam "eh bagus sungguh budak ni!, bertuah punya orang!, baik hati sungguh mung ni!.
Bukankah ucapan yang dikeluarkan dari mulut seseorang itu bagaikan doa, kalau ramai yang mendoakan perkara baik, Insyaallah baiklah orang yang didoakan itu.
Diri hanya mampu memberi ingatan, tapi atas individu yang memikirkan kebaikannya, kerana "anda mampu mengubahnya"
Ya Allah peliharalah tuturkata kami ini dengan ucapan yang baik-baik, janganlah kerana mulut ini, hamba-Mu ini dicampakkan ke dalam azab neraka-Mu yang begitu pedih azab seksanya.
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment