sekarang ni di Pantai Timur khasnya musim tengkujuh menjadi-jadi boleh tahan jugak lebatnya hujan dekat kg sendiri, Syukur 2 hari kebelakangan ni hujan kelihatan macam dah reda, boleh la orang kg jalankan aktiviti ekonomi macam biasa iaitu menoreh getah.
Di kesempatan musim tengkujuh ini suka sangat nak ingatkan agar jaga keselamatan diri dengan baik, jangan suka sangat main air, sebab nanti tak pasal-pasal bahaya yang mendatang. Pepatah ada menyatakan "air yang tenang jangan disangka tiada buaya" . Maknanya di sebalik ketenangan itu tak semestinya tiada bahaya di sebaliknya. Oleh itu kena jaga diri sebaiknya.




Di waktu-waktu cuti macam ni perlulah kita bersedia berbakti kepada ibubapa dengan cara yang sepatutnya. Setiap perintah yang diarahkan mereka perlulah diikuti selagimana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Biasanya masa musim tengkujuh ini, khasnya di kawasan Pantai Timur ramai ma abah yang ajak anak-anak mereka turut serta mereka dalam aktiviti menebas semak-samun. Sebagai anak baik untuk diri turut sama merasai kepenatan yang dirasai mereka, agar dapat kita rasai susah payah ibubapa dalam kehidupan mereka. Moga-moga diri menghargai erti pengorbanan yang dilakukan mereka.

"....Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat......."
Terdapat banyak lagi nas dari al-Qur'an yang menjelaskankewajipan bagi seorang anak untuk mentaati ibubapa mereka selama mana perintah tersebut tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Ya Allah jadikanlah kami ini hamba-Mu yang mentaati kedua ibubapa kami, berikanlah kami peluang untuk berkhidmat kepada mereka Ya Allah. Janganlah Engkau jadikan kami di kalangan mereka yang derhaka kepada kedua ibubapa kami kerana kami takut dengan sebab yang sedemikian itu akan membawa kami ke Lembah Neraka-Mu yang begitu pedih azab seksanya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment