Selamat Hari Raya dan Selamat Kembali


Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa kita telah meraikan kejayaan kita dalam berpuasa dengan sambutan aidilfitri. Mesti ramai di kalangan kita ni yang dapat banyak duit raya, best la kan! Gunakanlah duit raya tu dengan baik seperti menabung, (kata orang cerah masa depan, jika menabung), yer la kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan, jadi lebih baik kita buat persiapan awal, mungkin sekarang ni ada yang kaya, namun di masa depan miskin disebabkan berlakunya sesuatu yang tak dijangka. duit raya
kalau rasa duit lebih boleh bagi dekat orang lain!

Jika tengok masa hari raya hari tu, wah bukan main meriah lagi dengan letupan mercun (seperti membakar duit) yang berdentuman di sana-sini, fuh
loaded betul nampak, rugi betul tak digunakan untuk perkara kebaikan seperti sedekah kepada yang memerlukan, (Insyaallah dapat pahala) menabung dan macam-macam lagi boleh dilakukan,
terdapat satu nas yang mafhumnya; '' Sesungguhnya membazir itu adalah sifat syaitan" (fahaminya secara mendalam)
tapi biasa la mungkin diri tak nampak apa yang dilakukan itu tak sepatutnya dilakukan, yerlah kan manusia ni sifatnya pelupa, sebagaimana asal kata manusia itu pelupa. Sebab itulah manusia ini perlu sentiasa diberi peringatan.

Sebagaimana nas yang maksudnya berbunyi " maka berilah peringatan, sesungguhnya memberi peringatan bermanfaat bagi kaum muslimin"

Selepas sebulan kita berpuasa kita digalakkan untuk berpuasa sebanyak 6 hari, (puasa 6), kerana ibarat kita berpuasa selama setahun.
sebagaimana sabda Baginda mafhumnya, "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
(fuh lama tu tak pernah dibuat oleh diri).


Alhamdulillah selamat berhari raya buat semua maaf zahir dan batin, selamat kembali ke alam pengajian @ kerja, selamat berpuasa 6.


"perbanyakkanlah amal 'ibadah untuk mengejar keredhaan Allah, Isnsyaallah di akhirat nanti syurga akan diperoleh diri".


Fadhilat puasa link

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top