Selamat Pulang Berhari Raya!



Alhamdulillah malam ni dah nak bertolak untuk balik ke kampung halaman (dengar lagu "balik kg" nyanyian Allahyarham Sudirman best gak ni! huhu).

Bas akan bertolak pukul 9.30 malam ni (Alhamdulillah sempat la rasanya nak terawikh dulu, walaupun dekat stesen bas, huhuhu) Harap perjalanan balik dan datang sini balik selamat, tanpa berlaku sebarang kecelakaan jalan raya, dalam perjalanan bermusafir ni amatlah baik untuk berdoa, kerana dikatakan doa orang yang bermusafir itu adalah mustajab (diperkenankan) Insyaallah.

Tak sabar jugak rasanya nak berbuka puasa dengan ahli keluarga, maklumlah dapat makan bersama dengan family ni bukan mudah, sebab sebelum ni (bulan tak puasa) makan sendiri-sendiri, jarang makan ramai-ramai. Ni la antara kelebihan bulan Ramadhan, dapatlah mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Dalam masa di kampung (Hari Raya) ni bersama anggota keluarga, pohonlah keampunan dari ibu bapa khasnya, kerana sebagai anak rasanya diri tak lekang daripada melakukan kesalahan, manalah tahu perbuatan kita ada yang menyakitkan hati mereka, tanpa kita sedari, contohnya rasanya tak semua amanah yang diberikan oleh mereka kita laksanakan dengan terbaik, jadi perlulah dipohon kemaafan di atas kesalahan diri tersebut.


Masa raya nanti jangan la tak jaga kesihatan, keselamatan diri dengan mencari bahaya macam main mercun yang sememangnya dilarang kerajaan, paling selamat mercun yang nak main bunga api (tu pun kalau silap haribulan, mau terbakar rumah). Oleh itu, lebih baik elak main mercun. Dalam zaman Islam dulu mercun ni digunakan dalam peperangan untuk sebagai taktik menakutkan musuh, tak macam sekarang ni main mercun kononya untuk bergembira la ye. Nak bergembira tiada salahnya kalau tidak bercanggah dengan syariat dan tidak membahayakan keselamatan diri.


Selamat berhari Raya dan maaf Zahir & Batin semua, pohonlah kemaafan daripada semua kerana kita kadang-kadang tak tahu perbuatan kita itu menyakitkan hati orang, sedangkan kita beniat untuk bergurau tanpa sedari tak semua orang boleh menerima gurauan yang tertentu.

Berhati-hatilah ketika balik raya, pastikan diri selamat kembali dengan menjaga diri dengan sebaiknya, kukuhkanlah hubungan silaturrahim di antara kita semua umat Islam, jagalah batas pergaulan di antara kita berdasarkan syariat yang ditetapkan-Nya, demi memastikan kita berjaya di dunia dan di akhirat Insyaallah.

Maaf Zahir & Batin. "Pandu cermat, jiwa selamat".

2 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

salam~
selamat hari raya~
take care leklok n owez pray 4 our safety journey o~

rajin eh tules blog~
n it's meaningful bro~
teruskan je k~

adios~

rumzan said...

salam,
selamat hari raya gak,
Alhamdulillah selamat dah sampai ke UKM balik,


biaser la tulis blog ni rsa cam ptut je bgi diri untuk isi blog, Insyaallah akan diteruskan!

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top