Lailatul Qadar




Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Terdapat kelebihan yang besar boleh didapati dari malam Lailatul Qadar, terdapat satu hadis yang menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh oleh Nabi untuk mencari malam Lailatul Qadar

Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain"

( Riwayat Muslim)

Namun untuk mendapatkan malam yang penuh dengan kelebihan ini adalah sukar jika tidanya sifat Istiqamah dalam diri bagi mengisinya,

ada yang menyatakan malam ini berlaku pada malam sepuluh yang terakhir yang ganjil, seperti 21, 23, 25, 27, 29. Namun bilakah tarikh yang sebenar Wallahu a' lam ada yang meyakini pada 27 .

pernah diri terdengar bahawasanya susah untuk mengisi malam Lailatul Qadar dengan amal ibadah kerana rasa mengantuk, letih dan sebagainya, Wallahu a'lam setakat mana betulnya.

Harap sangat diri ini mampu untuk mengisi malam ini dengan ibadah yang diterima oleh Allah. Pohonlah agar diri diberi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah biarlah kami ini dapat memenuhi malam Lailatul Qadar dengan amalan ibadah, Engkau terimalah amal ibadah kami dan Engkau perkenankan doa kami Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang mendengar dan memperkenankan doa hamba-Mu ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Carilah malam ini,penuhinya dengan amal ibadah, beruntunglah siapa yang memperolehinya dengan mengisi malamnya dengan amalan ibadah

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top