Selamat Hari Raya 6



Alhamdulillah semalam dah beraya 6, dapat gak puasa berterusan tanpa ada halangan yg besar, yg menghalang diri dari berpuasa.
Semalam gak ada program jamuan hari raya pertubuhan PPSM, kira sambut raya 6 tu kot, huhuhu, walaupun Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah selesai dah satu program semalam, tapi tak lama lagi (minggu depan) ada satu lagi program yg kena terlibat gak dalam proses pengurusan majlis, harap tiada la masalah atau perkara yang tak diingini berlaku.

Tapi setiap perancangan kebiasaannya memang ada jugak kesilapan walaupun ianya tak ketara kelihatan. Yer la kita kan tahu " sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah Subhanahu Wata 'ala , jadi kita tak boleh la nak salahkan sesiapa sahaja, tapi kita perlu cuba untuk buat yang terbaik dengan meminimumkan kekurangan dengan cara mengambil pengajaran daripada perkara yang telah berlaku, itu penting agar kesilapan yang telah lalu diharapkan agar tak berulang kembali.

"Ketahuilah jika kamu menjaga aib orang, Allah akan menjaga aib kamu, seandainya jika kamu membuka aib orang kelak nanti Allah akan membuka aib kamu"

Kalau nak faham maksud ayat di atas perlulah rujuk dalam tafsir al-Qur'an . Aib di sini antaranya membawa maksud mengumpat, memfitnah dan selebihnya Wallahu a'lam.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top