Minyak turun lagi!


Alhamdulillah setelah beberapa kali dan beberapa lama harga minyak di pasaran di dunia turun akhirnya kerajaan Malaysia menurunkan juga harga minyak buat kali ketiga kalau tak silap selepas harga minyak di negara ni menaik secara mendadak sebanyak Rm 0.70, kemudian turun sebanyak 0.10 sen, seterusnya turun Rm 0.15 pula mulai pukul 12 malam ni bersamaan Rabu 15/ 10 / 2008.

Tapi macamana pula dengan harga barang? turun jugak ke? Nampak gaya sampai sekarang takder kadar penurunan pun (dari mata kasar, pandangan sendiri, orang lain tak tahu la macamana, rasanya sama je kot!).

agaknya bila nak turun harga barang ni ye! Tapi kalau dengar kata-kata yang biasa diucapkan ramai orang apabila naiknya sesuatu harga barang dah susah atau takder harapan nak turun harganya. Entah la kenapa sukar nak turunkan balik harga barang.

Keseimbangan AD-AS : Pandangan Klasik Pictures, Images and Photos

Sepatutnya peniaga ini , merangkumi pengeluar, pengeksport, pihak pengantar (perkhidmatan pengangkutan), peniaga dan pihak-pihak lain yang terlibat, turut melakukan perkara yang sama iaitu dengan cara menurunkan harga barangan setanding dengan nilai kos yang ditanggung diri.

وأحل اللّه البيع وحرم الرب ا

Dalam agama Islam peniaga mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantuؤ menyediakan barang keperluan pengguna dan mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakat. Golongan peniaga dibenarkan mengambil keuntungan tetapi keuntungan yang diambil perlulah berpatutan dengan nilai barang, janganlah terlalu mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kepentingan masyarakat umum.

يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن تراضٍ منكم

Jika dilihat sirah kehidupan para Nabi, para sahabat, mereka hanya mengambil keuntungan yang sedikit, bersikap jujur dalam urusan perniagaan.

قوله عليه الصلاة والسلام: "أفضل الكسب بيع مبرور، وعمل الرجل بيده" رواه أحمد والطبراني وغيرهما

Ya Allah Engkau berikanlah rezeki-Mu yang melimpah ruah kepada hamba-Mu ini, jadikanlah kami hamba-Mu yang mensyukuri segala nikmat-Mu, jadikanlah kami hamba-Mu yang saling bertolong-tolongan pada jalan kebaikan dan menentang kemungkaran, berhati perut, berbelas ihsan terhadap nasib golongan yang memerlukan bantuan Ya Rahman. Amin ...Ya Rabbal 'Alamin.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top