
Kadang-kadang kita sering lupa akan amanah yang telah diberikan atau diminta oleh diri sendiri dalam kehidupan ini. Amanah itu merupakan sesuatu yang berat bagi seseorang untuk memikulnya jika tiadanya iman dan ketabahan di dalam diri sendiri. Disebabkan itulah perlunya pengorbanan dari diri untuk menunaikan amanah yang diberi kepada diri.
bila bercakap tentang persoalan amanah yang diminta oleh diri, apabila berkehendakkan sesuatu jawatan, pekerjaan atau sebagainya. Jika dilihat perkara ini telah menjadi satu budaya dominan dalam kehidupan masyarakat masa kini dalam aktiviti hidup di dunia yang fana ini. Kononnya semasa meminta agar diberikan diri menceburi dalam organisasi, pekerjaan diri sendiri menjanjikan janji-janji manis agar diri diterima masuk atau mendapat sesuatu pekerjaan. Contohnya: “saya sanggup untuk menghadiri mesyuarat yang berlarutan sampai ke lewat malam atau pagi, seandainya diri diterima masuk ke dalam organisasi, walaupun keesokannya ada program lain yang juga memerlukan komitmen dari diri sendiri, “ saya juga akan mengorbankan masa rehat saya jika pihak organisasi memerlukan khidmat saya”. Namun janji-janji manis ini, tak kesemua orang menepatinya.
Perlulah diingat oleh diri akan tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan apabila diri telah diterima masuk dalam sesuatu organisasi, maka lakukanlah amanah yang telah diminta diri dengan sebaiknya. Oleh itu, terdapat satu kisah yang menceritakan dan menasihatkan agar seseorang jangan terlalu meminta sesuatu amanah (pekerjaan) terhadap dirinya jika memikirkan dirinya tidak mampu, tidak layak memenuhi jawatan tersebut kerana kita bukannya seorang Nabi yang maksum dari segala kesilapan. Nabi Yusuf a.s., Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad s.a.w. yang mana baginda merupakan contoh yang terbaik dalam meminta amanah yang difikirkan layak oleh baginda dalam memenuhi jawatan pekerjaan, baginda melakukannya dengan baik.
“Lebih baik memberi ruang kepada orang yang lebih layak untuk memenuhi sesuatu jawatan daripada diri sendiri yang memenuhinya seandainya memikirkan diri tidak mampu menanggung amanahnya”
“Ingatlah bahawasanya sesuatu amanah yang dipegang oleh seseorang itu akan disoal bagaimana pelaksanaannya, amatlah buruk nasib bagi orang yang meminta agar dirinya diberikan pelbagai tanggungjawab jika dirinya tidak mampu melaksanakannya”.
Amanah janganlah dicari kerana ingin mengejar duniawi,
Sebaliknya dicari kerana mengejar keredhaan Ilahi.
Amanah hendaklah diberi kepada orang yang selayaknya,
bukannya diberi kepada yang tidak sepatutnya,
kerana amanah itu akan disoal oleh-Nya,
maka meranalah orang yang tidak melaksanakan amanah yang ada pada dirinya dengan sebaiknya.
Ya Allah jadikanlah kami ini hamba-Mu yang mampu memikul segala amanah yang telah diberikan kepada kami samada secara permintaan kami atau yang Engkau berikan kepada kami, Ya Rahman janganlah Engkau membebani kami dengan amanah yang terdaya diri kami untuk melakukannya.
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment