Study Week


Sekarang ni study week

Ramai la yang balik rumah this week

Sunyi sepi la kolej kediaman this week

Bosan la jugak sementara nak tunggu kawan-kawan datang untuk exam week.


Jika pulang ke rumah

Mintalah maaf dari ibu dan ayah

Pohonlah kepada mereka agar mereka mendoakan agar diri najah

Segala yang susah turut dipermudah


Dalam minggu ulangkaji pelajaran

Perlu ketabahan dan kekuatan

Semua bahan bacaan yang berkaitan perlulah dikhatamkan

Untuk tujuan menjalani peperiksaan


Untuk menghadapi peperiksaan perlulah ada persiapan

Bagi mengelakkan dari terjadinya kekalutan

Di kala datangnya peperiksaan

Agar segala soalan peperiksaan mudah diselesaikan


Banyakkanlah doa dan ibadah

Agar segala urusan diri dipermudah

Bangunlah malam dirikanlah solat

Doakanlah agar diberi kejayaan di dunia dan di akhirat


Mulakanlah dengan doa diberi kefahaman ketika mengulangkaji pelajaran

Agar diri diberi oleh Allah akan kefahaman mengenai pembelajaran

Mohon keberkatan dalam ilmu pengetahuan

Bukan sekadar ingatan kefahaman untuk menjalani imtihan sebaliknya ia berkekalan


Ingatlah Allah ketika menjawab peperiksaan

Dengan mengingatilah Allah tenang tenteramlah perasaan

Agar diri diberikan kefahaman dan ingatan yang mendalam

Supaya diri dapat menjawab soalan dengan sebetul-betul jawapan



Begitulah lumrah kehidupan seseorang yang menuntut ilmu pengetahuan


perlu kepada sedikit pengorbanan

segala kesusahan anggaplah ia sebagai ujian dan dugaan dari Tuhan

redha sahaja pada ketentuan Tuhan




Akhir kata sambutlah salam mengulangkaji pelajaran,

study smart don't hard,
moga selamat dunia akhirat,
mendapat hidayah dari Ilahi sepanjang hayat.

"sesiapa yang berusaha dia akan berjaya" Insyaallah.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami di dunia ini,
berikanlah kami kefahaman dan ingatan yang kuat terhadap pembelajaran yang sihat
demi kami mengejar tuntutan agama yang mementingkan ilmu pengetahuan.
Engkau jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top