Itu Kerja MD, MP, DB!

Alhamdulillah dapat juga kali ini memperbaharui artikel setelah agak lama menyepi. Hmm sejak akhir-akhir ini umat Islam kelihatan agak kurang menjaga kebersihan, padahal Islam amat menggalakkan, menyukai penganutnya menjaga kebersihan.
Kadangkala (ramai) dilihat orang bukan Islam lebih menjaga kebersihan daripada umat Islam. Hal ini seolah-olah menunjukkan mereka yang masih belum menerima hidayah, lebih 'bersih' hidupnya berbanding dengan umat Islam.
Cuba lihat di sekeliling kita, khasnya di tepi-tepi jalanraya, budaya membuang sampah daripada kenderaan dianggap biasa, terbukti sampah di tepi jalan begitu jelas kelihatan. Entah mengapa kesedaran di kalangan umat Islam terhadap kebersihan masih kurang. Mereka yang kurang kesedaran ini seolah lebih sayang kenderaan mereka, daripada alam sekitar yang diamanahkan mereka untuk berinteraksi dengan dunia secara berhemah, kononnya kerana takut kotor, semut, malah dengan menganggap tugas itu adalah kerja Majlis Daerah (MD), Majlis Perbandaran dan juga Dewan Bandaraya.
Sedangkan terdapat hadith yang memberi penekanan terhadap aspek kebersihan yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy 'ari, antara maksudnya berbunyi "Kebersihan itu sebahagian daripada iman, Alhamdulilla memenuhi ..... lihat

Hmm hampir terlupa pula kisah seorang budak yang dihempap oleh tong sampah di kawasan yang berdekatan dengan sekolah dulu. Dikatakan budak itu sewaktu nak buang sampah, dia berpegang, berpaut pada tong sampah besar, menurut ceritanya kedudukan tong sampah besar tu agak senget, tidak stabil, jadi dengan suratan Ilahi, maka tong sampah tu menghempap budak itu, yang akhirnya membawa kepada ajalnya. InsyaAllah syurga untuknya!

Jika demikianlah kisahnya, budak yang masih kecil lagi, ada rasa tanggungjawab menjaga kebersihan, apatah lagi bagi kita yang remaja, dewasa ini.

P/s: Jagalah kebersihan, mata yang melihat senang memandang, fikiran pun turut tenang!

Ya Allah jadikanlah kami di kalangan mereka yang menjaga kebersihan, bukan mereka yang membuat kekotoran.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

Entah sampai bila manusia mahu berubah, mungkin bila bumi dipenuhi sampah sarap

rumzan said...

harap janganlah benar peribahasa 'sudah terhantuk baru terngadah'

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top