Siapa yang Salah?



Hmmm lama juga rasanya dah tak 'update' blog, kali ini rasanya nak kongsi cerita tentang sebuah rumahtangga yang mengalami keadaan kacau-bilau.



Untuk mencari puncanya, ayah, ibu dan anak dalam keluarga itu menemui seorang pakar untuk mendapatkan kaunseling. Setelah melalui sesi bersemuka bersama, kaunselor tersebut menemui ketiga-tiganya secara berasingan.



"Agak-agak awak, apa yang menyebabkan rumahtangga ini bergoncang ?" tanya kaunselor kepada si ayah.


"Ini semua gara-gara isteri saya. Dia tidak pernah patuh. Apa sahaja yang saya katakan, dia pasti melawannya!"


"Jadi bukan salah awak?"


"Ya, pasti! Ini semua salah isteri saya. Dia derhaka!" jawabnya si ayah.



Selepas itu, giliran isteri pula ditemuduga oleh kauselor tersebut.


"Ya apa penjelasan puan?"


'Tak payah selidik panjang-panjang. Confirm salah suami saya."


"Kenapa?"


"Macam mana saya nak beri ketaatan kepada suami yang cakap tak serupa bikin."


"Jadi?"


"Lawan tetap lawan! Bukan salah saya. Salah dia!"


Kaunselor terdiam. Pening.



Tiba giliran si anak, kaunselor bertanya,


"Mengapa awak menagih dadah sebagai jalan penyelesaian?"


"Bukan salah saya...."jawab si anak perlahan. Muram.


"Awak boleh berfikir. Mengapa memilih jalan yang salah?"


"Tuan sendiri dah lihat betapa teruknya persengketaan ibu dengan ayah saya. Saya jadi macam ni disebabkan mereka...."


"Jadi?"


"Saya salahkan ibu bapa saya!"


Kaunselor mengumpulkan semula ketiga-tiga mereka dan berkata, "Saya beri peluang kepada awak semua untuk berbincang. Berbincanglah dari hati ke hati dengan harmoni. Cari jalan penyelesaian. Jangan salah menyalah antara satu sama lain lagi ok!"



Selang tidak berapa lama setelah berbincang, ketiga-tiga mereka pergi menemui kaunselor dengan wajah berseri-seri.


"Setelah berbincang, kami dah capai persetujuan."


"Bagus,"Puji kaunselor dengan penuh harapan.


"Kami semua tidak bersalah," kata si ayah.


"Ya, bukan kami penyebab rumahtangga ini bergolak," kata si ibu.


"Yang salah internet. Ia penyebab kami tidak punya cukup waktu bersama," kata si anak.


"Yang salah jiran sebelah. Dia menghasut saya melawan suami," tambah si isteri.


"Yang salah media massa. Ia kerap menyiarkan berita-berita negatif. Saya terpengaruh," ujar si suami.


Kaunselor terpinga-pinga.



p/s: janganlah jadi sepertimana kisah dalam lagu "bangau oh bangau" yang mana sampai ke akhirnya mencari helah untuk menyelamatkan diri daripada dipersalahkan, kelak akan membawa kepada ketidakharmonian dalam sesuatu kelompok. Berkata benarlah walaupun ianya pahit!



Ya Allah janganlah ada di dalam diri kami sikap suka saling salah mempersalahkan orang lain, sekiranya diri kami lebih layak untuk dipersalahkan.



0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top