Minggu Pertama LAI

Alhamdulillah dalam minggu pertama Latihan Amali Industri {LAI}, banyak juga perkara (pengalaman) yang baru diperolehi. Berdebar juga dalam hati, kerana inilah kali pertama bagiku memasuki sebuah institusi yang mana perlu dicurahkan khidmat dan mempelajari banyak perkara-perkara yang berlaku di alam pekerjaan.

kerja Pictures, Images and Photos


Pada hari pertama, (11 Mei 09, sepatutnya 10 Mei tapi cuti Hari Wesak) sampai ke Institusi Latihan Amali Industri bertempat di Pejabat Agama Daerah Setiu, selepas sahaja selesai mendaftar, ku juga kawan kenalanku (kawan satu sekolah, tapi berbeza umur, berbeza Universiti, dia dari USIM, turut menjalani LAI di pejabat PADS) dibawa untuk ke Program Kursus Bimbingan dan Latihan kepada Imam/Bilal dan Bakal Imam/Bilal masjid Mukim Negeri Terengganu. Kami ditugaskan sebagai Urusetia pendaftaran peserta juga turut terlibat dengan program yang dijalankan tersebut. Hmm.... program ini banyak mengajar, menekankan kepada bacaan al-Fatihah juga cara azan yang sepatutnya dilakukan, diamalkan oleh imam juga bilal. Bagus, bagus!

Pada hari kedua , kami diajar mengenai cara 'clock-in' dan 'clock-out' kerja menggunakan sistem komputer. Sebelumnya kami diajar mengenai cara untuk menulis, mencatat daftar kebenaran perkahwinan di dalam buku serahan kebenaran perkahwinan. Hmm... lepas itu, kami cuba pula mengambil-alih tugasan tersebut. Hmm... bagus jugak, dapatlah merasa sedikit kerja, tugasan di alam pejabat.

Pada hari ketiga, kami cuba membantu sedaya upaya yang kami mampu dalam urusan di kaunter, pada hari ini kami mempelajari cara untuk menyemak perkara-perkara yang diperlukan ketika membuat permohonan kebenaran perkahwinan. Terdapat lebih kurang 8 @ 12 perkara yang diperlukan seseorang untuk memohon kebenaran berkahwin; setiap perkara itu perlu mempunyai 2 salinan, satu untuk maklumat pejabat dan satu lagi untuk simpanan pasangan, begitulah rasanya. Antara perkara yang diperlukan; sijil kursus kahwin, kad pengenalan pasangan, keputusan ujian HIV pasangan, saksi-saksi, pengesahan bermukim oleh JKK, tarikh masuk Islam bagi Mualaf dan sebagainya. Hmm... rumit jugak ye! tapi tak terlalu sukar jika tengok pada pasangan yang datang, ramai yang tiada masalah. Kelulusan permohonan untuk berkahwin memakan masa selama seminggu daripada tarikh permohonan dihantar.

Pada hari keempat, urusan di kaunter masih tetap menjadi tumpuan tugas kami, sekiranya ada pelanggan datang, kami menghulurkan bantuan semampu yang kami boleh (yang banyaknya rehat je, huhuhu). Hari ni balik awal sedikit, pukul 3.30 petang dah boleh balik dah bagi yang 'masuk pejabat' pada pukul 8 pagi. Kalau hari lain pukul 5 baru boleh balik bagi yang 'clock-in' pukul 8 pagi.

Hmm.. lebih kurang tiap hari, kami 'mandi hujan', maklumlah keadaan cuaca pada waktu petang pada masa kini, cuacanya agak lembap. Ini semua rezeki, anugerah Ilahi, ada kebaikan di sebaliknya, InsyaAllah.

Hmm pada hujung minggu, Jumaat dan Sabtu ada program yang dilaksanakan iaitu Kem Bestari Solat yang jika dilihat ianya melibatkan pelajar-pelajar merangkumi sekolah rendah juga sekolah menengah, bertempat di Masjid Putera Jaya, Setiu. Padat juga aktiviti yang dilakukan, tapi ianya bagus untuk pembinaan modal insan yang berkualiti !

p/s; jagalah tingkahlaku dikala menjalani LAI ini, jika perlakuan buruk yang ditonjolkan; agama, pihak jabatan, Universiti akan mendapat nama buruk (tercemar)!

Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan, ketabahan, ilmu yang bermanfaat bagi kami untuk menempuhi ranjau hidup ini.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top