Emmm..... mata dah kuyu,layu, mulut asyik menguap memanjang, kepala rasa macam pening, badan dah letih (alamat dah mengantuk) menempuh hari-hari yang penuh dengan pelbagai mehnah ujian.
Tapi apa agaknya yang kita patut amalkan sebelum tidur ye?
Kadang-kadang hari yang dilalui keesokan harinya tiada bermakna, terasa sepertimana hari-hari sebelum ini, malah yang lebih teruk jika hari demi hari makin bertambah keburukannya. Hal ini antaranya disebabkan jika malamnya tidak dilakukan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan kita sebagai motivasi kepada diri, juga sebagai tanggungjawab seorang Muslim.
Apa ye agaknya dirasakan penting, perlu dilakukan sebelum tidur?
Pertamanya; baca doa tidur, mintalah doa kepada Ilahi agar kita dilindungi daripada mimpi-mimpi buruk, sebaliknya diberikan mimpi yang baik-baik.
Seharusnya kita membaca ayat suci al-Quran sebelum tidur, tidak kisahlah samada surah al-Fatihah, surah-surah 4 Qul atau apa-apa sahaja, kerana dengan membaca al-Quran InsyaAllah akan tenang tenteram hati kita juga dilindungi diri daripada segala jenis keburukan, kejahatan yang dihasilkan manusia, iblis.
Kedua; cuba kenangkan (hisab, hitung) kembali apa yang kita lakukan pada hari ini. Cuba nilaikan apakah hari ini lebih baik dari hari sebelumnya? Apakah banyak kebaikan yang kita lakukan atau sebaliknya? Apakah hari ini sama dengan hari-hari sebelumnya?
Ketiga; memberi dan memohon kemaafan kepada seserang yang telah melukakan hati kita pada hari tersebut. Memang tak dapat dinafikan kadangkala agak sukar bagi kita untuk memaafkan kesalahan yang dilakukan seseorang. Namun harus diingat seandainya nyawa (roh) diri diambil sewaktu kita sedang dibuai lena, apakah kita mempunyai waktu untuk berbuat sedemikian? Ingatlah Allah itu Maha Pengampun, jadi sewajarnya bagi kita untuk turut memaafkan seseorang. Seseorang yang memaafkan seseorang akan tenang tenteram jiwanya InsyaAllah.
Keempat; tanamkan azam apa yang ingin dibuat pada keesokan harinya. Ini sebagai motivasi bagi kita untuk menempuhi hari esoknya yang lebih baik. Jangan disematkan perkara-perkara buruk di dalam fikiran, yang ingin dilakukan sementara menunggu untuk melalui hari yang bakal mendatang.
Kelima; kosongkan, tenangkan fikiran, rehat, lemahkan badan, jangan memaksa diri untuk tidur, kerana diri susah atau mungkin tak akan dapat tidur!
tidurlah dalam keadaan berwudhu', mengiring di sebelah kanan atau melentang, jangan meniarap kerana itu adalah tidur syaitan!
p/s: amalkanlah cara tidur yang sihat, bukan susah untuk mengamalkan sesuatu yang baik, namun jika diri menganggapnya susah maka akan susahlah untuk dilakukan.
Ya Allah berikanlah kami mimpi yang baik-baik, lindungilah kami daripada mimpi-mimpi yang dilakukan syaitan, iblis yang buruk. Ya Allah jika Engkau cabut nyawa kami ketika tidur, maka Engkau matikanlah kami dalam keadaan beriman Ya Mumit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment