Fuh banyak betul meeting, tiap-tiap minggu ada je meeting!
Apa la ada di sebaliknya ye?
Kadang-kadang dalam meeting perkara yang sama je sering dibangkitkan, tak selesai-selesai masalah yang dinyatakan (tahla macam tak berkesan sangat je meeting).
Muka yang datang meeting pulak macam muka sama je, takder muka-muka baru (kalau ada pun seorang dua je).
Ada pulak yang meeting sebelumnya datang, tapi minggu-minggu yang seterusnya dah tak menunjukkan muka lagi (entahla apakah sebab bosan, meeting perkara yang sama tak sudah-sudah, sibuk atau menyibukkan diri "buat-buat sibuk", kena sindir dalam meeting ke camner?)
Jika dilihat konsep meeting ini mungkin berasal dari beberapa ayat al-Quran yang menceritakan mengenai kepentingan bermesyuarat,
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; Asy-Syura 42 ayat 38.
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. A`li Imraan 3; ayat 152
Maka jika dilihat daripada firman Allah tersebut, sebagai umat Islam khasnya, mesyuarat itu perlu supaya segala idea, pandangan, cetusan pendapat, luahan perasaan dapat dilakukan bagi mengekalkan kesefahaman, mengelakkan berlakunya rasa ketidakpuasan hati di dalam satu kelompok. Jika Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa bermesyuarat dalam banyak perkara, sepatutnya kita pengikut Baginda juga perlu sentiasa mengadakan permuafakatan terhadap sesuatu perkara demi memperolehi keputusan yang terbaik, hasil dari lontaran idea dari semua pihak yang tidak kedekut untuk berkongsikan pendapat masing-masing apabila diminta pandangan darinya.
Mesyuarat janganlah terlalu memakan banyak masa, kerana ia menunjukkan pengurusan masa yang tidak betul, tidak mengulang perkara berbangkit yang sama, kerana menunjukkan akan kelemahan sesuatu organisasi, sekiranya masih perlu ulangan terhadap perkara lama cukuplah rasanya jika hanya tindakan penyelesaian yang dicari, tidak menerangkan lagi masalah lalu.
Bagi menarik perhatian individu untuk menyertai sesuatu mesyuarat pelbagai cara yang perlu dilakukan antaranya dengan memanggil nama, mengucapkan terima kasih di atas kehadiran, ini adalah sebagai tanda menghargai kedatangan individu dalam sesuatu perbincangan, gaya percakapan yang digunakan perlulah sesuai iaitu bersopan-santun ("Apa pendapat kamu mengenai perkara ini?) , beralas-lapik (bukannya "Ha kamu ni tak habis-habis melakukan masalah, saya tak mahu dengar alasan dari kamu" terkejut beruk la individu ni, marah ada juga timbul rasa tak puas hati, sebaiknya bertanyakanlah masalah yang dihadapinya, tidak menyinggung mana-mana pihak dengan tindakan-tindakan yang seolah-olah memalukan individu (Tengoklah kamu ni saya cakap buat pekak badak je, mulalah nanti masa buat kerja banyak yang salah! maunya nanti makin dibuat tak layan, sebaiknya cubalah minta perhatian yang sebaiknya daripada semua pihak).
p/s: Perlu diingat seseorang individu itu mempunyai tahap perasaan yang berbeza (ada yang mudah terguris, ada yang biasa-biasa je, juga ada yang seolah-olah tiada langsung perasaan hati), jadi untuk langkah selamat bercakaplah dengan tutur kata yang sopan. "Budi bahasa budaya kita".
Ya Allah putuskanlah kata sepakat yang memberi kebaikan kepada kami semua hasil daripada mesyuarat yang kami lakukan ini, jadikanlah hubungan antara kami semakin rapat sebagaimana seharusnya perhubungan sesama umat Islam Ya Rahman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Bila bijak pandai berbicara!:
segala apa yang anda nyatakan dalam blog anda adalah benar.. tahniah.. meeting memang membosankan..!!
Mohd Mubaraq
yup kadangkala memang meeting itu membosankan jika seringkali perkara yang sama dibincangkan, macam takde benda lain yang nak dibincangkan lagi
Post a Comment