Bukan tak Mahu bertegur-sapa

huh kerap jugak berlaku bila orang tegur, dia rasa macam dirinya tak dilayan atau bila berjumpa dengan seseorang yang kiranya sebagai kenalan jugak la, tapi kita tak menegurnya.hmmm.... susah gak ye!

Kadang-kadang bagi seseorang itu bukannya tak mahu tegur, tapi dia melihat pada situasi kenalannya tu, tengah bercakap ke,(kan nanti ganggu pulak orang, hilang, lupa plak apa yang nak diberitahu pada individu yang dirinya sedang bercakap ketika itu! kalau mengumpat tak kisah la jugak kan kalau lupa pun apa yang nak diumpatkan, kurang la sikit dosa mereka tu! ) jumlah komuniti orang di kawasan tersebut (kalau ramai jenis jantinanya pulak yang berbeza takkan nak tegur kot, nanti ada la yang kemungkinan katakan; tu pakwe atau makwe kamu ke? ada gak yang mungkin kata ' eii! gatal betul la mamat ni! huh jatuh aib! niat baik nak bertegur-sapa lain pula jadinya, yang paling tak best (memalukan) bila kawan-kawan ditepi kenalan kita yang ditanya siapa tu? kenalan kita jawab tah mamat mana la yang miang- argh.... malunya).

Yang tak berapa best gak bilamana seseorang tegur dikatakan kita tak layan padahal dah jawab melalui senyuman, gerak-geri (bahasa badan) tapi dia tak perasan plak atau tak faham. Nanti ada la yang mengata di belakang (mengumpat); sombong betul dia tu.. aku tegur langsung tak jawab.

Susah gak bila fikir tentang hal yang rasanya memang remeh-temeh ni, jika ia dijadikan penyebab wujudnya sengketa.

Rasanya dalam hal tegur-menegur perlu dilihat keadaan seseorang, jangan cepat membuat tanggapan negatif. Kadang-kadang ada yang tengah sibuk, marah, pening memikirkan sesuatu perkara jadi mereka mempunyai alasan tersendiri. Perlulah diingat tanggapan negatif akan merosakkan individu, dan jua masyarakat dan pihak lain yang terlibat.

Ingat plak peribahasa; rambut sama hitam, hati lain-lain.

p/s: bukan mudah nak menjaga hati semua insan, kadangkala ada yang kita fikirkan betul dia berpendapat itu adalah salah, tapi bila kita rasa sesuatu perkara itu salah dia merasakannya betul. (isk isk isk geleng Pictures, Images and Photos pening-pening!)

Ya Allah jadikanlah hubungan kami sesama muslim kekal sehingga ke akhirnya, janganlah diputuskan perhubungan yang terbina di antara kami sesama Muslim.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

betul betul betul!! ..perkara sering berlaku kepada jejaka yang popular seperti saya..bukan popular pasal apa, pasal nampak skema jer..tapi bila tak menegur.. huh!! macam Macam ada!! sombong la, jual mahal la..hitu la hini la...bla bla..bla.. dan yang selalu menjadikan perkara ini lebih teruk ialah mereka yang menuduh itu seorang perempuan!! Cun plak tuh!!

"Bersatu bersetia berkhidmat"

algojo..

rumzan said...

huhu tu la susah, teringat la plak zaman-zaman sekolah dlu, huhu (takyah cerita la, buat malu je)

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top