Inilah kita rakyat Malaysia segala perayaan dikongsi bersama, demi menjaga perpaduan antara rakyat Malaysia.
Orang kita pantang kalau dapat cuti, mesti nak balik rumah, kampung (yerlah rindu dekat mak ayah, adik-beradik, mungkin gak buah hati yang menunggu dekat kampung).
Dalam suasana perayaan camni, nak tak nak kemalangan jalanraya seakan menjadi lumrah, sudah tidak dapat dielakkan lagi. Hal ini antaranya disebabkan oleh sikap pemanduan yang tidak cermat, berhemat,tak ikut peraturan jalanraya, memandu mengikut perasaan (gopoh-gapah,tak sabar, memotong barisan). Inilah sikap buruk yang patut dibuang dari bersarang dalam diri.
Walaupun bermacam-macam kempen yang dijalankan oleh pelbagai pihak (antaranya yang paling dominan oleh JKJR yang menggunakan pelbagai artis antaranya Adibah Noor, Nabil; yang tentunya dengan trademarknya "Lu Pikirlah Sendiri". Namun, dari pemerhatian melihatkan kepada kadar kemalangan jalanraya, kelihatan kempen ini keselamatan jalanraya seolah-olah tidak berkesan.
Inilah yang dikatakan kalau diri tak nak berubah, memang takkan berubahlah diri seseorang itu. Hal ini dijelaskan melalui
Firman Allah yang mafhumnya:
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Al-Anfaal 8 ayat 53
Manusia itu telah diberikan akal fikiran yang jika digunakan secara betul (berasaskan pemikiran yang sihat) dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
p/s: Anda mampu mengubahnya!
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment