Di Sebalik Pulang Kampung

Bila tiba je waktu cuti, tak kira hanya cuti hujung minggu mahupun cuti seminggu, ada kos yang tersirat di sebaliknya. Namun ramai yang kadangkala terlepas pandang beberapa perkara yang berlaku di sebalik keghairahan untuk bercuti.


Antaranya:


1. Kos tambang pergi dan balik. Tambang bas, kos bahan api (petrol, diesel, bagi kenderaan persendirian) terpaksa ditanggung. Memandangkan tambang bas, bayaran tol (bagi motosikal tak menanggung kos tol) sekarang dilihat makin meninggi maka banyaklah kos belanjawan yang perlu dikeluarkan dalam bulan itu.

2. Kalau dah balik, tentunya masa nak kembali dari kampung nanti perlukan pulak wang dari ibubapa, jika dilihat jarang ibubapa yang apabila anaknya pulang rumah mereka tak memberi duit kepada anaknya, biasanya mereka beri RM 100 paling kurang. (Kesian pulak bila fikir nasib mak ayah yang mungkin keadaan ekonominya pada masa ini tak berapa stabil)

3. Definisi cuti yang kebiasaannya digunakan seseorang apabila berada di rumah kebiasaannya memang betul-betul cuti! kerja rumah (assignment plak entah ke mana, risiko tak siap assignment pasti ada, bila seseorang itu betul-betul relaks dari membuat assignment). Kalau tinggal di kolej nak tak nak mesti buat kerja, kalau tak nanti perasaan bosan akan membelenggu diri.

4. Melihat kepada keadaan ekonomi semasa. Pada masa sekarang ini jika dilihat ekonomi negara mahupun individu kebanyakannya berada di paras yang agak membimbangkan. Kalau duit yang digunakan sebagai bayaran tiket bas, atau kos yang lain lagi disimpan dalam bank, dibuat pelaburan dalam institusi pelaburan yang tak bertentangan dengan syarak, maka sudah tentu akan memberikan jaminan keteguhan ekonomi yang lebih kukuh.

Memang tak dapat dinafikan apabila pulang ke kampung dapat mengurangkan beban ibubapa dengan membantu mereka (namun berapa ramai yang agaknya menolong ibubapa mereka dengan sebetulnya! Sebaliknya kalau dilihat hanya menambahkan lagi kos tanggungan beras, makanan, bil elekrik, air. Bak kata orang Kelate "buak perabih berah jah", kata orang Ganung plak "buat bucit perut je") , dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara keluarga hasil dari perhimpunan ahli keluarga (tapi tak kurang juga yang apabila berkumpul, bercakaran antara adik-beradik, je kerjanya! Memeningkan kepala mak ayah, baik tak payah balik kalau nak bercakaran!).

p/s: Ini hanya pandanganku dari pemerhatian yang dilakukan, dicampur juga sedikit perasaan cemburu sebab tak dapat nak balik kampung, disebabkan beberapa faktor tertentu (huhuhu)! Namun apa yang diberitahu ada benarnya jika diteliti dengan sebaiknya! Apa yang baik terimalah seadanya, yang tak berapa betul tolaklah ia ketepi! Diriku hanyalah insan biasa

Ya Allah betapa banyak perkara yang kadangkala tidak kami terlintas mengenainya, oleh itu kami pohon kepadaMu untuk sentiasa memberi ilmu pengetahuan kepada kami mengenainya agar kami dapat memperbaiki kesilapan kami

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top