Nikmat Hidayah

Khutbah jumaat hari ni di Masjid UKM membincangkan mengenai hidayah.
Apabila disebut pasal hidayah, terfikir di benak fikiran bahawa nikmat yang begitu besar buat kaum muslim yang mana tidak semua orang yang diberi nikmat hidayah ini.
Khatib mengingatkan ahli jemaah dengan pelbagai perkara, antaranya; agar umat Islam bersyukur dan menggunakan nikmat hidayah itu dengan sebaiknya.

Memang sewajarnya, sebagai insan yang terpilih menerima hidayah Islam ini, di kalangan hamba-hamba-Nya yang berada di dunia ini sepatutnya bagi kita untuk mensyukuri akan segala nikmat yang diberikan-Nya kerana hanyalah Dia yang mencipta diri insan itu, janganlah menjadi golongan seperti kacang yang lupakan kulit, lupa daratan bila diri diberi banyak kelebihan, sebaliknya perlulah diingatkan bahawasanya nikmat yang diberi itu cuma sementara sahaja, ia akan ditarik semula apabila sampai masanya, seperti yang telah tertetap di Luh Mahfuz.

YA Allah Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa sedar akan kejadian diri kami, Jadikanlah kami golongan yang sentiasa mensyukuri dan menjalankan tugas kami sebagai hamba-Mu yang benar-benar taat kepada perintah-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top