Jom beli tiket balik kg!

Alhamdulillah hari ni dapatlah beli tiket bas untuk balik kampung, hajat yang semalam kesampaian jugak walaupun tertunda hari ni disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan.
Harga tiket bas dari Hentian Kajang ke Kuala Terengganu berkurang sebanyak RM 0.40 iaitu harga tiket dulu RM 44.30 sekarang jadi RM 43.90. Dari keratan akhbar dari kenyataan ("Noh Omar, yang terpampang dekat kaunter tiket dan di tiket bas ternyata caj sebanyak 30% masih dikekalkan dan perkhidmatan bas berhenti-henti masih berterusan" ) yang mana harga asalnya kalau tak silap tanpa caj 30% berharga RM 33.40 camtu kot, (tak berapa confirm la plak). takper la redha je la

Hajatnya awal2 dulu nak balik naik motor je balik kampung, tapi bila fikir dua tiga kali, banyak la plak rasa serba salahnya, " letih dan lenguh la badan naik motor (lebih kurang 8@9 jam camtu maunya tak lenguh), keadaan cuaca yang tak menentu (kan basah kuyup, demam plak nanti, kilat, guruh lagi, takutnya!), kena servis motor dulu (pakai duit banyak plak tu), memang perlu sediakan tiub motor dan peralatan simpanan plak (duit lagi), nak bawak beg lagi (susah la plak)", jadi senang cerita naik bas lagi senang dapat relaks, walaupun kena bayar kos pos motor sebanyak RM 80 tambah dengan tambang bas RM 43.90 takla sebanyak risiko yang ditanggung jika balik naik motor.

Cepat-cepat beli tiket sebelum terlambat, tapi takper kot bukannya balik raya pun, orang tak ramai sangat, mungkin sempat kot kalau beli lewat pun. (nasihat jer, nak pakai tak sendiri fikir berpandukan nilai keimanan dan akal yang waras). jangan la ambil tiket orang plak nanti kalau tiket dah habis! Tak baik tau!

Apa-apapun pilihan di tangan anda, anda mampu menentukannya!
"Sediakan payung sebelum hujan"
" Siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia melepas"

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top