1
Firman Allah yang bermasud, “Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”a) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s di langit yang pertama
menggambarkan kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam a.s dan
Hawa yang pernah dikeluarkan dari syurga kerana memakan buah larangan.
Jadi Rasulullah s.a.w juga nanti akan diusir keluar dari tanah
kelahirannya oleh kaumnya.
b) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s
di langit yang kedua menunjukkan bagaimana kedua-dua mereka
dimusuhi oleh orang yahudi. Jadi Rasulullah s.a.w juga nanti
turut dibenci oleh orang yahudi.
c) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s di langit yang ketiga
menunjukkan permusuhan yang berlaku di kalangan adik-beradik Nabi
Yusuf a.s. Jadi Rasulullah s.a.w juga nanti akan dibenci dan
dimusuhi oleh kaum kerabatnya.
d) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s di langit yang keempat
menunjukkan ALLAH S.W.T telah mengangkat darjat Nabi Idris a.s. Jadi
Rasulullah s.a.w nanti akan diangkat darjatnya oleh ALLAH S.W.T.
e) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s di langit yang kelima
menggambarkan kaum Nabi Harun a.s kembali menyukainya setelah
baginda disakiti oleh kaumnya. Perkara yang sama akan berlaku kepada
Rasulullah s.a.w nanti.
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment