
Apa guna hati,
jika tiada perasaan.
apa guna mata,
jika sentiasa melihat kemaksiatan.
apa guna telinga,
jika selalu mendengar umpatan dan perkara keburukan.
apa guna akal fikiran,
jika tak dimanfaatkan.
apa guna kehidupan,
jika tak pandai mensyukuri nikmat Tuhan.
apa guna belajar,
jika adanya unsur paksaan.
apa guna ilmu,
jika ianya tak diamalkan atau disebarkan.
apa guna kepandaian,
jika salah digunakan kerana melawan hukum Tuhan.
apa guna iman,
jika tiada kekebalan menghadapi ujian.
apa guna teman,
jika tiadanya sikap saling ingat- mengingatkan.

0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment