Dengkikah Melayu?


Entah mengapa orang Melayu khasnya seringkali dilibatkan, malah seolah-olah tidak dapat dipisahkan dengan sifat dengki, iri hati sesama manusia ?

Sifat dengki ini kebiasaannya, menjadikan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan 'lawannya' .

Sifat dengki lebih kelihatan dalam bidang perniagaan ketikamana individu melihat perniagaan seseorang itu semakin maju, agak senang, mulalah timbul perasaan hasad kerana merasakan dirinya juga patut turut sama senang, walaupun dirinya tak berikhtiar untuk mencapainya.

Dari hal inilah ramai di kalangan mereka ini yang kononnya menjadikan bidang perniagaan sebagai sunnah Nabi s.a.w., padahal meniaga sebab dengki ! Patut ke? Hmm tak patut, tak patut!

Malah yang lebih parah lagi ketikamana perasaan dengki di tahap yang kritikal membuatkan seseorang itu bertindak dengan tindakan luar rasional, malah menyalahi syariat! Macamana? Tak lain tak bukan, mereka ini menggunakan makhluk halus demi menjatuhkan 'lawan' bagi memajukan perniaagaannya, di samping mengamalkan unsur syirik lain yang dilarang syariat. Ada juga di kalangan mereka yang gembira, bahagia apabila melihat 'lawannya' jatuh, walaupun mereka turut mengalaminya, kerana bagi mereka, lebih baik lawannya setaraf dengan mereka, asalkan jangan 'lebih' darinya. Isk...isk...isk...

Golongan pendengki ini seolah-olah telah lupa akan keIslamannya yang mana agama Islam melarang penganutnya untuk dengki melainkan dalam 2 perkara sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas 'ud maksudnya;"Tidak dibenarkan dengki melainkan terhadap dua perkara iaitu kepada orang yang diberikan Allah harta, maka dia menggunakannya pada jalan yang benar (jalan kebaikan) dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu maka ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain" au kama qal .

Hadith di atas membenarkan seseorang itu dengki terhadap orang yang mempunyai ilmu dan dengan kedengkian itu membuatkan dirinya turut menuntut ilmu, kemudian mengajarkannya kepada orang lain, juga dengki seseorang kepada orang yang diberikan harta, kemudian dengan dengkinya itu dia turut sama menginfaqkan hartanya pada jalan yang hak.

p/s: Berdengkilah diri untuk melakukan kebaikan .

Ya Allah jadikanlah dengki kami terhadap perkara yang Engkau redhai, bukan pada hasad yang Engkau murkai.


5 Bila bijak pandai berbicara!:

layarminda said...

benar kata ang wan seng baru2 nie..
kita serng menuduh bngsa cina suka tipu kita..
tapi realitinya diorng xkan tipu bangsa sendiri..
tapi orng melayu semua dia tipu termasuk bangsa sendiri

layarminda said...

pengalaman hidup.. membenarkan kenyataan artikel nie
moga melayu Islam memahami ajaran islam dgn sebaik-baiknya

rumzan said...

hmmm itulah hakikat yg dilihat agak sukar pada masa kini. Kadangkala umat bukan Islam lebih baik kehidupannya kerana mereka dilihat seolah-olah mengamalkan kehidupan yang dianjurkan Islam. Hal ini benar-benar memalukan bagiku

rumzan said...

InsyaAllah umat Islam akan insaf bila mereka benar-benar faham akan agama mereka

ief said...

Melayu mg selalu dengki ant satu sama lain, tu sebab la pergaduhan sering terjadi, dari dengkilah semua nie berlaku, sekalipun ad yg sepakat, mesti ada kelompok yang akan rosakkan hubgn baik tu, sebab dengki =;

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top