
HMM... jika dilihat dalam kehidupan kita seharian, ramai (kemungkinan semua) yang tidak dapat lari daripada mengkritik. Jika sesuatu yang difikirkan individu tersebut difikirkan seseorang tidak betul maka dirinya akan mula mengkritik.
Hmm kritikan sebenarnya jika diberi, diluah dengan niat yang baik dengan cara yang betul akan membuatkan seseorang menerimanya dengan terbuka, redha, pasrah, rela hati.
Namun jika tidak kena gayanya, maka akan menyebabkan diri seseorang menentang, memendam rasa marah, malu.(Jangan sekali-sekali mengkritik seseorang dengan tujuan untuk menghentamnya, sebaliknya bertujuan untuk memperbetulkannya!)
Hal ini adalah kerana seseorang itu mempunyai tahap penerimaan yang berbeza dalam menerima sesuatu pandangan dari orang lain khasnya, jika orang itu (menurut persepsinya) lebih rendah tingkat martabatnya (samada dari segi umur, tahap pendidikan, juga status kewangan) berbanding dengan dirinya.
Satu kisah yang agak menarik berkaitan dengan kisah kritikan ini yang telah terjadi pada seorang kenalanku pada suatu ketika dahulu. Pada suatu ketika, dalam perlaksanaan sesuatu tugasan yang telah diberikan oleh satu organisasi, kenalanku ini telah dikritik dengan satu kritikan yang tidak dapat diterima olehnya kerana kritikan tersebut mungkin padanya dianggap agak 'pedas, panas', kerana suatu tugasan yang diberikan kepadanya dilihat mempunyai kekurangan.
Pengkritik itu dilihat seolah-olah ingin menyatakan jika sesuatu itu tidak dibuat, maka tidak akan terjadi perkara sebegitu.
Setelah daripada peristiwa itu, ku melihat dia tidak lagi begitu aktif dalam organisasi yang pernah disertainya. Katanya dia begitu fobia dengan seseorang yang dilihat agak keras mengkritiknya. Dirinya seringkali cuba menyembunyi, melarikan diri juga bertindak mendiamkan diri ketika pada sesuatu masa itu adanya orang yang pernah mengkritiknya itu.
Apa pendapat anda mengenai orang yang dikritik dan pengkritik dalam hal di atas?
Pada persepsiku, sepatutnya orang yang mengkritik perlu menggunakan bahasa yang berlapik, bukan menggunakan nada yang terlalu tinggi, juga tidak terlalu menyalahkan seseorang.
Perlu diingat tiada orang sempurna (melainkan para Nabi) terselamat daripada melakukan kesilapan, juga perlu diingati walaupun kita melakukan perancangan dengan sempurna, kita mungkin akan gagal atau kurang berpuas hati dengan hasil yang dibuat, kerana pepatah ada menyebut "kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan"
Seseorang yang dikritik pula kumerasakan perlu bagi dirinya menerima kritikan yang diberikan padanya dengan melakukan penilaian yang baik, bijak mengolah kritikan itu kepada satu aspek yang membina, bukan menghancurkan semangat, menerima kesalahan diri juga memperbaiki apa yang dinasihati orang, serta memperbanyakkan sabar.
Ingatlah akan firman Allah:
| Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar |
P/s: "Terlajak perahu boleh diundur, namun jika terlajak kata badan binasa"
Ya Allah Engkau jagalah tutur kata kami ini dari tutur kata yang buruk. Jadikanlah tutur bicara kami ini percakapan yang menyenangkan semua orang, tidak mengguriskan hati orang yang mendengarnya Ya Rahman.





























6 Bila bijak pandai berbicara!:
Nice....Tapi dia sepatutnya boleh menerima kritikan tersebut dan jangan melarikan diri. Kritikan mampu membangun diri kita jika kritikan membina. Namun jika kritikan iut menjatuhkan diri. Nauzubillah minzalik. Kita jauhi benda2 tu semua. Teruskan menulis.
syukran laka, camtu la yer, kritikan sepatutnya diolah menjadi pembangun diri. Mudah-mudahan kita semua dilindungi daripada kritikan yg mengaibkan tersebut, InsyaAllah ya akhi
kritik..?
saya baru saja lepas satu program..
insyaallah lepas nih ada kritik la...
oooo yer ke, baguslah tu, nanti tengok la dulu klu ada benda nak kritik bleh la kot, huhuhu
Assalamualaikum
bagi pendapat ana, untuk menyelesaikan sesuatu bukannya dengan cara kritik mengkritik,tetapi dengan cara kita menerima apa yang boleh diterima dari orang lain
yang pengting adalah bukannya meneliti pendapat yang dikemukakan untuk mencari kelemahan yg sudah tentu mudah dikenalkan apabila itu yg dicari tetapi menerima apa yg boleh diterima.
dalam sejarah orang melayu banyak tindakan dan pendapat-penadapt yang bernas telah dikritik hebat oleh org-org tertentu.tiap-tiap kali sesuatu pendapat dianjurkan, tenaga dan fikiran ditumpukan bukan kepada pelaksanaannya tetapi kepada perbahasan yg tdak putus2. Ada pendapat yg mengatakan kononya kritikan boleh menajamkan fikiran dan adalah satu intellectual exercise. Apakah orang melayu perlu menghabiskan masa dengan intellectual exercise ataupun perlu bertindak untuk mengatasi seribu satu masalh yg mengancam mereka??
syukran.
Waalaikumussalam,
yup ada benarnya,
begitulah manusia kadangkala ada sahaja rasa tidak puas hati untuk kita mengkritik, jika kritikan itu membina taklah dikisahkan, namun jika kritikan itu bersifat membunuh, menghilangkan semangat, tak ok tu
Post a Comment