Alhamdulillah beberapa hari lepas kami, warga An-Nur, KIY dapat berziarah ke rumah anak-anak yatim. Dalam rumah anak yatim tersebut, pelbagai tingkatan umur yang menginap di dalamnya dari darjah tiga sehingga tingkatan 6 (berpandukan maklumat yang diperolehiku). Jumlah keseluruhan warga anak di bawah naungan Ilahi ini sekitar 200 orang lebih.
Kanak-kanak sememangnya akan mengemaskan bilik kediaman masing-masing jika terdapatnya kunjungan daripada orang luar untuk mendapat reaksi yang positif, dapat hadiah sebagai penghargaan (macam kita semualah ye! kalau orang nak datang bilik masa di sekolah dulu, mesti kemaskan bilik kan! waktu tu harap sangat dapat menang kategori bilik paling terbersih, kemas, kalau dapat anugerah bilik paling kotor plak muka merah padam la ye, malu la kiranya, dek kerana ejekan rakan-rakan asrama yang lain). Kebiasaannya yang jenis camni (kemas demi lawatan, hadiah ini), selepas berakhirnya proses penilaian pertandingan bilik, tahap kekemasan bilik tak kekal, terus jer bersepah balik bilik huhuhu.
Sedikit perasaan syukur, lega muncul bilamana dapat membantu anak yatim ini dalam membaca tulisan jawi, berpandukan kaedah pengaplikasian huruf jawi dengan huruf rumi. Jika sebelum itu, ketika diminta membaca ada di kalangan mereka yang tak boleh membaca jawi, sedangkan mengenali hurufnya, Alhamdulillah selepas diajar kaedah aplikasi jawi dengan tulisan rumi mampu membantu dirinya membaca. Dia kelihatan begitu gembira, jadi kami menasihatkan agar dia teruskan berusaha membaca buku jawi, juga bahan-bahan lain dalam bahasa Melayu demi memperkayakan pengkayaan istilah bagi memudahkan proses menyebut sesuatu istilah yang moden. Ada juga yang mengatakan dirinya tak pandai membaca bahasa Arab, jadi kami nasihatkan supaya rajin-rajinkanlah diri membaca al-Quran kerana bahasa Arab asasnya (berpandukan) al-Quran.
Ada juga apabila ditanya, subjek apakah yang paling susah? Katanya semua subjek, (fuh dalam fikiranku ini mesti kurang minat untuk belajar !) Kami menasihatkan agar dirinya tidak mensettingkan dalam fikirannya subjek itu susah, jika ditanamkan 'susah' maka sesuatu perkara itu akan jadi susah, namun kalau disettingkan mudah, maka akan ada jalan kemudahan yang muncul InsyaAllah. Jika ditanamkan dalam fikiran yang ini 'susahla' maka akan wujud dalam diri rasa bosan, tak berminat terhadap sesuatu subjek itu, seterusnya akan menyebabkan gagalnya individu dalam menempuhi perkara tersebut. (Ingat plak pesanan abahku, katanya; kalau tak boleh jawab soalan sekalipun jangan katakan diri tak boleh menjawabnya sebaliknya katakanlah boleh!).
Ada satu ragam yang ku tak berapa suka lihat, iaitu apabila ditanya dia menjawab 'tak tahu', hampir semua soalan yang dituju kepadanya dijawabnya 'entah, tak tahu', (dalam fikiranku timbul persoalan, macamana nak ubah perangai ni? ). Ku teringatkan seseorang yang perangainya juga sebegitu; tak tahu! Dia ini, pada persepsiku tak berapa agak berminat nak bersembang, beramah-mesra, kurang keyakinan diri untuk memberi jawapan mungkin kerana pengalaman dirinya yang tidak pernah diberi peluang untuk menjawab balik (mempertahankan diri) apabila dituduh, disoal sewaktu mereka kecil oleh golongan tertentu, seperti ibubapa, adik-beradik, sebaliknya mereka terus ditohmah, menyebabkan mereka terus diam membisu, daripada bercakap, jika berkata akan dihentam kerana dikatakan 'menjawab'!). Ingat tak? Mungkin ada di kalangan anda yang semasa kecil khasnya; bila ibubapa bertanya; Ni pergi ke mana ni lewat balik? kemudian dikala anda ingin menjawab dikatakan; ha menjawab la menjawab. Jadi anda mengambil langkah mendiamkan diri, kerana takut dikatakan anak derhaka! Sepatutnya ibubapa memberi ruang terlebih dahulu kepada anak-anak mereka peluang untuk menerangkan sebab, alasan anak-anak, kemudian cuba lihat, analisis maklumat itu betul atau salah, barulah menghukum jika didapati mereka bersalah.
Demikian sahaja perkongsian pengalaman yang mampu ku coretkan untuk kongsian bersama.
p/s: anak yatim anak yang mulia, mereka telah diuji sejak kecil lagi dengan ketiadaan ibu atau bapa, atau kedua-duanya sekali (yatim piatu), bersamalah kita merasai kesusahan mereka dengan cara meringankan beban melalui derma, menziarah mereka, juga memberi semangat kepada mereka untuk terus bersemangat dalam meneruskan hidup.
Ya Allah tabahkanlah hati anak-anak yatim di atas ujian yang Engkau timpakan ke atas mereka, berikanlah mereka kejayaan di dunia juga di akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Bila bijak pandai berbicara!:
tolong kami bantu kami, anak anak yatim piatu. kalau tuan hati mulia bantu kami dengan rela. aduhai insan insani, tolong lah kami, allah akan membalasnya, di dunia dan akhirat.
yup bantulah anak yatim yang memerlukan bantuan dengan seikhlasnya, InsyaAllah Allah akan memberi ganjaran setimpal, dan lebih lagi jika keikhlasan menjadi niat anda membantu mereka
Post a Comment