Bermula semalam, diri kini masih terasa bahang kepanasan demam, selsema dan batuk serba sedikit, tapi hari ni lebih baik keadaannya dari waktu semalam, yang mana semalam tak berapa lena tidur, sekejap terjaga, sekejap terlelap, ingat plak pada kata-kata pepatah ke apa benda tah, " apabila satu anggota sakit, maka seluruh anggota tubuh akan terjaga" entah betul ke tak ayat tu! lupa la plak lama dah tak memperkasakan Bahasa Melayu dari segi peribahasa, sintaksis, simpulan bahas, dan yang seumpama dengannya.
ok jugak datangnya ujian ni, kurang-kurang masa sakit, diuji camnilah diri akan lebih mengingat Yang Maha Pencipta, kalau selama ni kurang sikit ingat Dia, masa sakit, teruji inilah diri akan sebut Allah... Allah..
sebab itulah ada satu hadith yang mana di antaranya berbunyi "sihat sebelum sakit".
Firman Allah:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-'Ankabut 29 Ayat 2
Jangan jadi sepertimana,
Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! Al-Fajr 89 Ayat 16
Ya Allah jadikanlah kami hamba-Mu yang tabah menghadapi segala ujian yang Engkau timpakan kepada hamba-Mu yang dhaif ini, kuatkanlah semangat, azamku, imanku, agar kami mendapat redha-Mu, Ya Ar-Hamarrahi`min 'Irhamna dengan rahmat-Mu Ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment