Camner Result?



Alhamdulillah result yang keluar baru-baru ni lebih baik dari yang sebelum-sebelum ni, syukur setiap semester meningkat je natijah imtihan.Harapnya diri tak lagha dari berterusan study secara smart, nak study hard bahaya pulak, nanti tension plak!

Jangan la plak eksyen, mentang-mentang la result tinggi, bajet diri sorang je bijak, salah tu! semua orang mampu menjadi bijak jika kena caranya, kerana akal yang dikurniakan ilahi itu sama pada setiap insan, namun bergantung pada usaha, doa dan ikhtiarnya.

Bagi yang keputusan examnya masih di tahap rendah jangan rasa kecewa walaupun diri telah berusaha sebaik mungkin, teruskanlah usaha, doa, tawakkal kepada Allah mudah-mudahan diri diberi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Bagi yang masih bersenang-lenang dengan rasa malas teruskanlah dengan sikap itu kalau inginkan rugi,menyesal di kemudian hari, juga murka Ilahi.

Bagi yang sebelum-sebelum ni yang resultnya melambung tinggi namun sekarang down teruk ketahuilah itu merupakan ujian daripada Allah yang mana Dia ingin melihat di tahap mana iman diri berada. Jangan sesekali mengambil tindakan bodoh dengan cara yang tak sepatutnya diambil macam ambil pil, dadah kononnya ingin menghilangkan rasa tension, malu yang membelenggu diri. Ingatlah ia bukannya menyelesaikan masalah malah menimbulkan pelbagai problem lain lagi, "jangan menyusahkan orang lain dengan kesusahan yang dihadapi oleh diri sendiri". Sebaiknya teruskanlah usaha, doa InsyaAllah berjaya nanti!


Ingatlah hidup kita ini umpama roda " kekadang di atas kekadang di bawah".


Seseorang itu boleh berubah dengan sendirinya jika dirinya sendiri merasakan perlunya dirinya berubah, Tapi perubahan yang dilakukan janganlah ke arah semakin buruk, itu bukan normal tapi ke arah yang bakal menyebabkan diri merana pada suatu hari nanti.

Ambillah iktibar peristiwa hijrah kaum Muslim semasa mereka berhijrah dari Makkah ke Madinah, kerana ia merupakan hijrah yang terakhir (dari tempat ke suatu tempat yang lain) bagi umat Islam dalam menyebarkan, memantapkan agama Islam.


Konteks hijrah jangan pula dipandang sempit, hijrah itu boleh terjadi dengan perubahan ke arah yang lebih baik dari masa ke masa.


Ya Allah jadikanlah tahun baru yang kami hadapi ini, tahun yang lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini, biarlah kami hanyut oleh hidayah-Mu bukannya mendapat murka-Mu. Amin YA Rabbal 'Alamin.


0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top