
ALHAMDULILLAH tiket bas untuk balik ke kampung sempat dibeli, walaupun agak lewat sedikit dari tempoh cuti universiti, takper la asalkan boleh balik.
Tapi yang problemnya plak tiket bas nak datang balik macam mana la plak ye, nak beli pergi balik banyak bas yang tutup perkhidmatan camtu sempena musim perayaan ni, jadi nak tak nak kena la mintak orang rumah (ma abah) untuk beli tiket bas.
Tadi plak ma call yang tiket bas dah habis, isk pening la plak nak fikir pasal ni, masalah la plak. Tapi lega la bila ma bagitau nanti pandai la mereka settlekan masalah ni, mungkin ada la abah hantar nanti kot. Tapi semacam tak best la plak bila camtu, seolah macam menyusahkan ma abah plak.
Nak balik dengan motor jauh sangat, mau dekat 9 jam, fuh bleh tahan gak tu, maunya kebas tangan, ngantuk pun ada nanti, tambah plak tak kenal la plak jalan nak balik ni, maunya sesat nanti, kalau ada kawan nak konvoi ramai-ramai dengan motor untuk balik Ganung bleh la join sekaki, tapi tak tau la ada tak, takper la balik dengan bas lebih selamat, lebih relax, lagipun dapat tidur dengan nyenyak masa naik bas ni! (tu la matlamat utama hahaha)
tapi kalau tak silap ada gak yang tak dapat balik kesian la plak dengarnya, takper la raya la dekat UKM ni pun, fikir la positif, kalau nak hilang rasa sedih la, cuba tengok orang yang tinggal di Sarawak dan Sabah n luar negara pun tak balik pun raya! Boleh jer mereka tak balik, kita pun boleh kalau orang lain boleh.
Jangan la plak menangis dekat masjid UKM masa hari raya nanti sebab ingat keluarga, telefon jer keluarga, kurang2 lega sikit rasa teringat tu, minta la maaf dari semua, ok gak.
Lagipun kalau dapat balik cuba fikir plak pasal tiket bas (mahal gak kan!) boleh buat belanja untuk makan berapa hari tu!
ok la apa2 pun Hidup ini mesti diteruskan, teguhkan hati dalam mengharungi segala dugaan yang mendatang, redha menempuhinya, ketahuilah dengan ujian ini, sebenarnya iman kita diuji untuk Allah melihat setakat mana tahap keimanan kita.
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment